Ape cer hari ni? Aku? Ari ni macam kekurangan kesihatan saje. Tapi kugagahkan jugak menjadi seorang yang kuat dan bertanggungjawab sebagai seorang pekerja yang tak berapa nak berjaya sangat.
Haa, korang-korang, korang korang pernah tak dengar bila mak korang bukak cerita time korang kecik kecik dan bila korang dengar, korang rasa "Eh-eh, betulkah itu aku? Macam tak je" sambil korang tersengih sengih dengar mak korang mengomel tentang kenakalan korang.
Aku pernah jugak nak bukak topik ni tapi memandangkan ingatan aku masa aku kecik-kecik taklah berapa kuat tapi adalah jugak beberapa peristiwa yang aku mampu nak ingat hingga kini. Tapi kalau berdasarkan cerita-cerita masa kecik, aku rasa akulah perempuan paling "rare"
Dengan memakai baju yang berwarna pelangi, tapi taklah pelangi sangat dia warna kuning, hijau pucuk pisang dan merah, campur-campur la lebih kurang. Petang yang indah kalau nak diingatkan. Pastu, bukanya pintu kereta dan cecah je kaki ke tanah kampung halaman, aku pun excited nak mendapatkan along aku kat parit, dan tiba-tiba aku pun berlari dengan pantas dan tersadung batu dan akhirnya tanpa kusedari darah merah pekat likat mengalir banyak membasahi baju dan muka. Time tu aku rasa, tak rasa sakit, cuma terkejut dan along pun panggil mak ngan ayah dan segeralah aku dibawa ke Hospital Desa, Bagan Datoh, Perak. Rupa-rupanya nak dijadikan cerita, dahi aku yang dulunya mulus kelus telus da terkoyak dan ada batu besar masuk kedalam dahi. Tapi aku tak heran dengan batu-batu tu, yang aku goyang bila tengok jarum. Melalak la aku peluk ayah. Hurmm nama pun budak tiga tahun, apa yang diketahui selain menangis. Itu la aku masa kecik.
Ada lagi yang mengarut, tapi aku ringkaskan la. Sebab kalau aku cerita, sok pun tak bis nak taip. Aku ni suka benda lasak lasak. Lagi-lagi atas aku semua abang dan bawah aku adik lelaki dan masa tu, adik perempuan pun lambat jugak dapat. So, korang pun leh agak jugakkan perangai aku camana? Ada satu peristiwa yang aku main basikal, round persekitaran sekolah dan agak jauh jugak sebab sekolah aku tu memang kawasan yang berbukit bukit. Aku pergi round pun ngan anak jiran aku dan akulah paling tua sekali. Hurmm dalam keseronokan berbasikal, ade tragedi masa turun bukit dimana anak jiran rumah aku tu, kemalangan dengan basikal dan yang lebih penting melibatkan organ penting dalam diri seorang lelaki. Haa, korang ghase? (-_-).
Aku sendiri tengok ngan mata kepala aku bila organ penting tu, terkulai layu, aku ingatkan gigi dia yang patah, alih alih, bird-bird dia. Sebagai orang yang tua, kalau aku cakap aku tak salah pun, aku tetap dipersalahkan sebab budak budak tu yang nak ikut aku. So, nak pertahankan diri pun aku tetap kene. Lagi satu peristiwa bila aku dok ralit tengok abang-abang ngan sepupu lelaki aku main basikal yang tiada brek, turun dari atas bukit, pastu mendarat dengan elok ke tanah rata. Bila tang aku, tanah rata pun tak jumpe, yang aku jumpe longkang parit yang besar. haa, menangis berlagu-lagu la dan kene bebel ngan opah.
Hai laaa, banyak lagi cerita kenakalan aku. Masa sekolah, masa universiti, banyak yang berlaku. Tapi nak menaip malas pulak. Hehe, tahu sikit sikit sudahlah ye? Malu la i.. hahaha. Oklah, Nanti jumpe dilain entry lagi ea?
Salam alaik!
No comments:
Post a Comment