my spirit

Wednesday, July 17, 2013

Si Pencuri Manggis Part IV

Part I, Part II, & Part III...

Sambungan Cerpen Si Pencuri Manggis Part IV

Darah muda Nur terus menggelegak melihat Zuan yang begitu menjengkelkan dihadapan..
"Kau nak apa haa? Apasal kau ikut aku?" teriak Nur ditengah-tengah gerimis hujan..
Sambil tersengih Zuan menjawab, "Aku nak kau Nur. Aku nak kau sebab kau tu jual mahal sangat."
"Kurang ajar punya jantan!! Kau ingat aku ni apa? Anak patung macam perempuan-perempuan yang kau kendong tu? Kau memang silap orang!", menjerit Nur dalam hujan yang semakin lebat..

Ketika itu, situasi ditaman kelihatan lengang dan tiada siapa yang melalui disitu..
Nur mula berasa gusar.. Dia amat faham, yang kederat seorang perempuan takkan mampu melawan kederat seorang lelaki yang kuatnya lebih dua kali ganda..
Hanya pada Allah Nur berserah..
Hanya pada Allah Nur bermohon agar datangnya bantuan untuk menolongnya..

Dalam keadaan Nur terleka memikirkan apa yang bakal terjadi, Zuan mula bertindak. Bertindak memegang bahu Nur dan dengan pantas Nur menepis kuat tangan Zuan..
"Kau jangan nak sentuh-sentuh aku! Kau ingat aku apa??!"
"Hahaha..", hanya ketawa yang Zuan balas untuk Nur dan menyebabkan Nur semakin sebal..
Zuan mula bertindak lagi dan kali ini, Nur mula mengeluarkan segala ilmu pertahanan diri yang dia pelajari..
Nur mula menendang perut Zuan yang datang mendekat dan menyebabkan lelaki itu tersungkur menyembah tanah..

Zuan mulai naik berang dan dia mula bertindak agresif..
Dia memeluk Nur dari belakang dengan kuat dan mengunci pergelangan tangan Nur..
Nur mula cemas. Kedengaran dengusan nafas kasar ditelinga Nur..
Peluh cemas mula menitik walaupun ketika itu hujan lebat..
Hati Nur berdoa pada Yang Agung agar tibanya bantuan...

Sedang Zuan ingin melanjutkan perangai terkutuknya, Nur mula memejamkan mata dan berdoa..
Dalam dia berdoa, dia merasa dunia ini hitam pandangannya...
Zuan mula ingin menodai Nur, tetapi Allah itu Maha Mengetahui..
Tendangan kuat datang menyentuh badan Zuan dan Nur terlepas daripada genggaman Zuan...

Nur mula beristighfar dan rasa bersyukur.. Nur melihat seorang lelaki yang bertopi sedang bergelumang dengan Zuan..
Tanpa berfikir panjang, Nur mula meminta bantuan daripada bangunan perpustakaan..
Dan mereka yang datang membantu bersama Nur..
Dalam keadaan yang genting itu, kelihatan Zuan dan lelaki bertopi itu berdarah teruk..
Dan dileraikan oleh pelajar-pelajar yang dipanggil oleh Nur..

Akhirnya, setelah dileraikan, Zuan dibawa ke pihak atasan kolej tempat mereka belajar..
Ketika itu, hujan serta merta berhenti.. Dan Nur, memapah pemuda bertopi itu duduk di kerusi.
Nur mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu..
Dan pemuda itu tidak menjawab. Malah pemuda itu berkata. "Lain kali, hati-hati kalau lalu kawasan sunyi macam ni. Hang tahu dak bahaya?"

Nur mula pelik. Dalam hati bermonolog,"eh,eh mamat ni.. kau kenal aku pun tak, kau nak membebel-bebel lak apa cer? Dah la tak jawab terima kasih aku.Yang dia bagi, bebelan. Nasib baik kau yang tolong aku. Kalau tak, memang kau pun kene flying kick aku macam si Zuan dapat tu."

"Haaa, muka tu apa pasai? Aku habaq kat hang salah ka?", kata sipemuda bertopi tu.
"Tak!", sepatah Nur menjawab. Nur mengeluar beberapa keping not RM10 didalam dompetnya untuk diberikan kepada pemuda itu. "Nah. Ini je aku ada. Lagipun aku sedang belajar. By the way, thank you so much sebab tolong aku. Ni sapu tangan aku, kau lap luka tu." Nur menghulurkan.

Pemuda itu terus terdiam. Duit yang diberi tidak diambil. Tetapi hanya sapu tangan sahaja diambil. "Dah, hang simpan jela duit hang tu. Hang bagi banyak tu mana cukup untuk aku."katanya dengan berlagak. "Sapu tangan hang ni aku amik. Sebab luka kat mulut ni still berdarah. Hang tu balik hati-hati. Aku tahu hang ralit, siap hang!." Pemuda itu terus berlalu meninggalkan Nur terpinga-pinga..

"Siapa kau? Kau pun aku tak kenal, apatah lagi nama kau?", monolog Nur dalam hati..
"Tetapi, kenapa jantung aku..................", Nur memegang dadanya.


Bersambung....


No comments:

Post a Comment