my spirit

Tuesday, March 14, 2017

Si Pencuri Manggis Part VI

Melihat Nur berlalu, Arif mula memulakan langkah. Dia ingin mengawasi Nur dari jarak jauh. Dia masih berasa bimbang jikalau Zuan masih mengganggu Nur lagi.

Dengan hanya menaiki motorsikal 125 miliknya, Arif terus mengekori kereta yang dipandu Nur hingga Nur sampai dikawasan perumahannya.

Nur yang memandu, masih lagi memikirkan tentang Arif kenalan masa kanak-kanaknya yang dia sangat cintai. Semakin hari perasaan yang dirasa semakin kuat dan merasakan seakan Arif kini berada tidak jauh darinya.  Perasaan yang muncul itu mula bercambah selepas insiden malang yang dia hadapi dan syukur dengan kehadiran Arif yang membantu.

"Ingatkah Arif pada aku?"monolog Nur didalam hatinya.
"Kalau kami masih ada kesempatan untuk bertemu, kenalkah aku dengannya? atau dia akan mengenali aku?"
Nur bercakap dengan suara halus di dalam dirinya. Kereta yang dipandu Nur terus sampai dihadapan pintu pagar rumahnya.

Dengan memberi salam, Nur terus masuk dan membawa diri ke kamar tidurnya.
Kepalanya sering teringatkan Arif dan dadanya berdebar.
Sambil memejamkan mata, Nur mula berdoa dalam hati.
"Ya Allah, peliharalah Arif dimasa sahaja dia berada. Sesungguhnya aku terlalu sayangkan dia."
Sayu hati Nur, tetapi dia menguatkan azamnya agar satu hari nanti, dia akan bertemu semula dengan Arif.

Tok! Tok! Tok! Pintu diketuk daripada luar.
"Sapa tu?" tanya Nur.
"Mak ni Nur. Nur buat apa tu? Mari keluar makan." jawab mak daripada luar.
"Nur baring. Baik mak, sekejap lagi Nur keluar makan. Sekarang masih kenyang." Nur menjawab.
"Ok, nanti keluar makan ya? Mak ada masak lauk kegemaran Nur tu."
"Baik mak, sat lagi Nur keluar makan. Terima kasih." jawab Nur.
................................................................................................

Arif mula sampai di bilik hostel yang dia duduki.
Sesampai di bilik, terus baju ditukar dan Arif membawa diri ke kamar mandi untuk membersihkan diri. Sesudah kemudian, dia terus menyujudkan diri kepada Pencipta. Dalam sujud terakhirnya, Arif lama menunduk sebelum tahiyat terakhir. Seusai memberi salam, Arif terus memanjatkan doa yang sering dibacanya.

Arif mula duduk dibirai katil sambil berkhayal. Pelepuk! Satu tepukan hinggap dibahunya. Oi Arif! Hang dok pikiaq pa la tu. Aku masuk pun hang tak perasan, kata sahabat bilik Arif, si Zhamir.

Tersengih-sengih Arif membalas bebelan sahabatnya.
"Uish hang ni pun, masuk tu bagi bagi lah salam. Dok terjah-terjah mujur aku takda sakit jantung", sambut Arif.

"Haaa, aku tahu hang ni. La ni aku perasan yang hang asyik dok usha si Nur. Kan?",ujar Zhamir.

Balas Arif, "Mana ada, pandai hang ja. Malaih la aku nak layan budak tu. Buat pa, buang masa aku ja."

"Ya la, ya la Arif oi. Kalau hang suka, hang habaq. Dok pendam pendam bukan dapat apa", balas Zhamir sambil menyambung, "Dahla, layan hang tak mandi aku. Aku pi mandi dulu la. Lewat da ni. Hang jangan la nak menung sangat. Suka pi habaq. Sat gi diambil orang." Sambil nyanyi lagu Jangan Tunggu Lama-Lama.

Zhamir pun berlalu pergi.
Arif sepi termangu dan mengambil keputusan untuk tidur. Dalam hati dia bermonolog, "Takpa, esok masih ada".

Tuesday, October 11, 2016

Comeback Post Katanya

Hey gais!
I am still alive la..
Lamanya tak update apa-apa kat blog.
So far so good but quite busy with kerja, kerja, kerja yang tak pernah nak abis-abis.

Jadinya, ini adalah post comeback iols!
Yeay!
Ingat lapang-lapang iols nak kongsi ceritera beta kat penduduk penduduk kampung blogger ni.

bye!

Note: Pencuri Manggis next episode will come.

Tuesday, September 1, 2015

perasaan yang mengaban

dalam satu masa, akan ada kembali perasaan berulang.
mungkin yang membaca akan bertanya, "perasaan berulang? apa tu?"
perasaan yang pernah hadir, pernah hilang dan hadir kembali.
entah, tipu kalau sentiasa mampu berlagak cool
hati aku tidaklah se"cool" yang disangka

ada masa pasti akan bergejolak juga
ibarat ombak melepaskan kemarahan di persisiran pantai
menghempas sekuat kuatnya dan ada kala mampu menarik apa sahaja yang berada di kaki pantai tu
segala macam khazanah akan ditarik kembali ke dalamnya
tak kira apa sahaja, tetap dibawa

sama macam rasa
bila dah lama bersama, sekali dia hilang rasa tu tak lengkap
mulalah dalam bagaikan hendak meledak macam gunung berapi
tapi kalau belum tahapnya lava takkan terkeluar

mengarut apa nukilan kali ni
terhenti otak yang berlari tadi
kata kata jiwa yang bising, bila menulis senyap sepi bersembunyi
segalanya serba tak kena
itu salah, yang ni salah
menaip, backspace, menaip, backspace
mencari ayat yang lagi idealistik
tapi hampeh
segelintir kata ja yang mampu nak berlari keluar
yang lain masih bertahan dan tak mahu keluar

oklah
salam alaik