my spirit

Saturday, April 29, 2017

Kau, ye engkau ☺

Merindu kau dari jauh, itu perkara biasa
Melihat kau dari jauh, itu juga perkara biasa
Menyayangi kau juga dari jauh, lakuan lali yang sentiasa setia aku lakukan

Dicari bila kau memerlukan
Dicari bila kau ingin meluahkan rasa jiwa
Tetapi yang pasti kebanyakkannya bukan tentang kita
Dicari bila kau ingin membuakkan rasa marah
Tetapi kemarahan itu bukan berpunca dari aku

Respon aku?
Terhadap semua diatas, hanya diam membisu.
Sesekali terluah juga kerana kesempitan jiwa yang menyakitkan
Respon kau?
Mengakhirinya dengan "bluetick" perbualan
Aku berasa kecewa untuk beberapa ketika

Segalanya kembali normal bila kau cakap
1. Mood kau akan baik, segalanya kembali sedia kala
2. Dari sudut pandangan aku, bila kau berada dengan orang orang terhormat

Entah.
Aku penat
Aku rapuh
Aku kecewa
Aku sedih


No comments:

Post a Comment