Sekembalinya Nur ke hostel, dia terus meloloskan diri ke dalam bilik dan bergegas ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Mengambil wudhuk dan mengucapkan tanda syukur kepada Illahi diatas keselamatan yang dia perolehi dari kejadian yang menimpa..
Di dalam doanya, terselit untuk pemuda yang membantunya agar sentiasa dilindungi. Tak lupa doa untuk dirinya, ibu dan ayahnya serta pencuri hatinya, Arif.. Selesai dia mengaminkan doa, terus dia duduk berteleku di atas hamparan sejadah.. Datang sayu menjelma di sudut hatinya..
Terkenang zaman kanak-kanak yang membuatnya riang dan girang.. Hatinya berkata, "Arif, macamanelah awak sekarang.. Kalaulah awak ade ngan kite, mesti kite tak sorang-sorang dan kene macam hari ni..", menitik airmata Nur didalam monolognya.. Lantas dia membaringkan diri di atas sejadah dan terlena bersama airmatanya...
Keesokkan paginya...
Bunyi jam loceng yang nyaring membuat dirinya lekas bangun.. Sambil berpisat-pisat, segera dia mencapai dan mematikan bunyi alarm itu.. "Lorrh? Aku tidur kat atas sejadah rupanya? Hurmmm, rindu pada Arif masih berbaki walau dah lama aku pergi dari kampung tu", ngomel Nur sendirian.. Sempat lagi dia terkenangkan cinta hati zaman kanak-kanaknya..
Nur bangun dan bersihkan diri serta menunaikan tanggungjawab wajib umat Islam. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Nur bersiap-siap untuk ke kuliah pada pagi ni.
Setelah sampai ke kolej...
Melangkah masuk ke kelas, Nur disapa oleh kawan baiknya Rose.
"Nur, semalam kau pergi ke kat perpustakaan?"tanya si Rose.
"Aku pergi sebab semalam ada kerja yang nak aku kena settlekan". Jawab Nur acuh tak acuh.
"Wei, kau tahu tak? pagi tadi kecoh, Zuan kena tibai semalam."berceloteh si Rose pada Nur.
Dengan perasaan yang seperti tak berminat, Nur menjawab, "Yeke? kenapa pulak? "
"Aku dengar dia kene tibai masa hujan lebat. Yang tibai dia tu, budak baru course kita." jawab Rose.
Sambil bercerita, muncung Rose menunjukkan kepada sipemuda yang membelasah Zuan. Dengan hanya berbaju-t dan berseluar jeans. Pemuda yang hanya berlagak biasa itu hanya menutupkan mukanya dengan topi yang di pakai..
Nur tidak memandang pada muncungan Rose. Dia hanya ralit membiarkan pemikirannya melayan mengenangkan Arif cinta hati kecilnya.
Rose menyiku Nur, "Wei! laaa kau ni Nur, penat aku bercerita, kau boleh termenung bagai? Hurmmm ni yang malas nak bercerita lagi ni.. Aku tahu la kau benci kat Zuan, tapi kau tahu tak cerita ni hot diperkatakan? Bla... Bla... Bla...."
Nur terus membiarkan Rose membebel dan Nur terus membiarkan dirinya merindui Arif.. Rindu yang menggunung dan menguatkan diri dia untuk mencari Arif...
Dalam Nur mengelamun, sepasang mata sedang memerhatikan Nur dari jauh dan mata itu berjanji untuk mempertahankan Nur selagi hayatnya masih hidup.. Si empunya mata itu bersyukur kerana hajatnya untuk mencari si cinta hati dah tertunai dan hatinya bersyukur yang cinta hatinya menjadi seorang gadis yang kuat, pandai jaga diri dan sentiasa cantik dimatanya...
Setelah selesai kuliah pada hari itu, Nur bersiap-siap untuk balik ke rumah orang tuanya kerana keesokkan harinya Nur tiada kelas lagi.
Dalam perjalanan pulang, Nur memandu kereta miliknya dan Nur terfikir tentang kejadian di kelas tadi.
Ketika hendak keluar, Nur terlanggar bahu dengan pelajar baru di kelasnya. Dengan omelan kecil dari pemuda itu, Nur segera menyatakan kata maaf dan bila dia terpandang muka pemuda itu, dia mula mengerutkan dahi dan menunjuk dengan jari telunjuknya sambil berkata, "Eh, kau!? Kau buat ape kat sini? Ikut aku ea? "
"Eh eh hang ni? Yang hang pulun pasai pa? Aku new student kat sini. Hang ingat aku kalut sangat nak ikut hang?", jawab si pemuda tu.
Loghat pemuda tu, buat Nur terpempang dan mengingati Arif. Hati Nur bermonolog, "Ah kau ni Nur, semedang je nak teringatkan Arif tu, Arif tu ada ke nak ingat kau?".
Hurmmm, Nur serta merta terdiam dan terus meminta maaf atas ketidaksengajaan dia melanggar bahu si pemuda itu. Dalam melihat Nur begitu, pemuda tersebut tersengih-sengih dan Nur perasan atas tingkah laku pemuda itu.
"Woi, yang kau tersengih-sengih tu apesal? Muka aku buat lawak ke?" tegur Nur.
"Hahaha, dak aih. Hang tu, sikit-sikit mengong. Pasai pa? Dok pikiaq marka ka?" jawab Arif.
"Eh eh mat ni? Kau kenal aku pun tak, pandai da nak bergurau ngan aku.."monolog Nur.
"Kalau aku fikir pun, apa kau kisah? Hurmm dah la. Aku minta maaf atas ketidaksengajaan aku tadi langgar kau, sorry ea?", jawab Nur.
Tanpa mendengar jawapan daripada Arif, Nur terus berlalu pergi.
"Hang masih macam dulu Nur. Hang masih macam tu." monolog Arif dan terus berlalu pergi.
Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
5 years ago
No comments:
Post a Comment