my spirit

Monday, September 26, 2011

Si Pencuri Manggis Part I

Assalamualaikum wbt..

Bercerita tentang si pengait manggis ni sering membuatkan saya tersenyum mekar. Tengok sahajalah tajuknya pasti akan tertanya-tanya siapa si pengait manggis ni. Ermm, berkenalan dan mengenali dalam keadaan yang masing-masing tak pasti mana mula dan akhirnya. Alih-alih terus berkawan. Memang akan ramai yang berkata ini hanyalah cerita dongeng yang direka-reka oleh saya, tapi memang pun. Heee! :)..

Aneh, kenapa si pengait manggis yang terpikat di hati saya. :). Cerita dimulakan dengan suatu petang yang sangat indah! Tersimpan satu niat jahat ingin mencuri buah manggis kepunyaan orang kampung yang memang kaya dengan pohon buah-buahan. Dalam keadaan yang selamat memerhatikan rumah si empunya, saya menyelinap masuk. *perangai mengalahkan budak lelaki yang nakal. Ermmm, bile line memang cantik, saya bergegas ke pohon manggis itu untuk mengambil buah-buah yang berjuntaian.

Dalam hati bermonolog, " Ermmmm camane saya nak amek ni, galah takde,takkan kene panjat kot?". Ermmm lebeh kurang 5minit berfikir, jalan yang diambil adalah memanjat pohon tersebut. Dalam setengah jam camtu, buah-buah yang dikumpul telah memuaskan hati dan berkemas diri diatas pokok untuk turun dan pulang. Sesudah kaki mencecah tanah, tiba-tiba ada satu tangan yang menepuk bahu dan saya terus berpaling. Sambil membulat mata yang sedia bulat, mulut mula berkata,"awak! laaa ni umah awak ke?. "Haa la. Umah kami. Apa yang hangpa buat ni?.Dengan muka selamber yang memang tak makan saman, saya menjawab, " Nak buah manggis ni. Teringin n rasanya buah ni banyak."


Tiba-tiba datang pulak si bapak empunya menjerit dari jauh, "WOIT budak! ta padan dengan perempuan perangai hangpa mengalahkan lelaki. Awat hangpa duk curi aku punya manggis? Tak reti nak mintak? " Muka pencuri, pasti pucat bila disergah dan dengan tindakan refleks auto, saya segera mengembalikan buah-buah manggis yang dipetik. "Dah-dah, pergi balik, jangan hangpa datang lagi noh. Nak curi buah aku." sambung pakcik itu. Dan ketika ingin melangkah keluar, anak si empunya itu memanggil dan berkata, " Ermmm tu la, lain kali kalau nak buah, mintak. Jangan dok amek hak orang lain. Berdosa. Kan da kena dengan bapak kami. Dah-dah, pergi balik.".

Sebelum melangkah, saya berkata, " Hurm, takpe la. next time kami takkan datang lagi umah awak ni, dan disebabkan awak kawan kami, kalau time main nanti kami tunggu luaq ja." Melangkah dengan langkah kecewa kerana perangai yang ditunjukkan oleh anak tuan rumah.

Pasti korang na tahu apa lagi sambungan cerita ni kan? Korang stay tune dulu tau sebab cerita ni ade Part II untuk menjelaskan kenapa si gadis kecik itu bersedih dengan anak tuan rumah. Ok guys? Love u!

gracias for read! :)

No comments:

Post a Comment