Assalamualaikum..
Ok, ternyata Cerpen Si pencuri Manggis ada sambungannya.
Jika sesiapa yang ingat lagi tentang Si Pencuri Manggis Part I, ia pasti ingat ada yang tertunggu-tunggu apa yang akan terjadi pada Nur dan Arif.
So, ikuti kisah seterusnya dalam Si Pencuri Manggis Part II.
Tersentak dari lamunan kenangan mengusik jiwa ketika perangai yang nakal..
Disini la segalanya bermula.. Aku mula berjalan-jalan keliling pondok yang usang itu.. Terbayang-bayang wajah sikecil Arif dan Nur bermain bersama, ketawa dan menangis bersama.. Waktu itu, zaman itu tiada apa-apa yang difikirkan, hanya pelangi yang menyelubungi diri..Alangkah indah waktu itu walaupun pertemuan pertama hanya disebabkan mencuri manggis di dusun bapanya Arif... Aku mula duduk ditangga sambil melayan memori lama yang amat menggamit perasaan kecilku suatu ketika dulu...
Si kecil Nur menangis setelah kakinya melangkah dan membelakangi Arif yang telah menyuruhnya pulang.. Alangkah berkecainya hati Nur ketika Arif tidak langsung menyebelahi Nur yang sememangnya teman bermainnya.. Dalam masa yang sama si kecil itu tidak menyedari bahawa hatinya sudah menyukai Arif anak tuan dusun di kampungnya itu..
"Takpa la aih, bukan aku dok peghak sangat dengan buah manggih dia yang tak manis tu, sok lusa aku pi la cari kat dusun orang lain. Depa ingat depa marah aku, aku takut kat depa? Hey, sorry sikit ea, ni Nur la.. Nur takkan mengalah", katanya dengan loghat yang dia sendiri tak sedar keluar dari mulutnya walaupun tangisannya masih bersisa...
Itulah keletah sekecil yang hanya berumur 5 tahun..
Amboi, bercakap mengalahkan orang-orang dewasa..
Walaupun Nur berkecil hati dengan Arif, dia masih lagi mahu berkawan dan bermain bersama Arif. Ini kerana di situ Arif adalah satu-satunya kawan Nur yang Nur kenali..
Sesakit mana hatinya, Nur takkan pernah serik dengan perangai buasnya itu.
Di sore esoknya, Nur menunggu Arif diluar pagar untuk bermain seperti biasa.
Sambil menunggu tibanya pukul 5 petang, Nur telah tiba awal di perkarangan luar pagar rumahnya Arif. Angin begitu sepoi-sepoi menyapa lembut rambut Nur dan tiba-tiba matanya ditutup dari belakang. Nur yang lagaknya seperti tomboy terus merentap kuat tangan yang menutup matanya. Menjerit la si empunya tangan yang direntap.
"Oit Nur, hang ni perempuankan? Cubalah lagak cam perempuan."kata Arif sambil memegang gegelang tangannya.
"Haaa, padan dengan muka awak. Suka-suka dok main cak-cak dengan kami. Kang dah kena? So apa rasa? Best tak kena pulas tangan awak tu?" sambung Nur yang ketawa dengan muka lagaknya.
" Awat la hang lagu ni, padanlah takda sapa mahu kawan dengan hang, kasaq sangat", jawab Arif.
"Ahhh, dah la! Arif, jom kita pi main. Penat kita dok tunggu awak lama kat depan umah awak ni. Kita pi pondok, mau dak? Kita nak ajak awak pi main sawah tangkap keli. Awak tak seriaukan dengan keli?", usik Nur kepada Arif.
Dengan mencebik Arif menggeleng disertai muka sombongnya itu. Disebabkan muka sombongnya itu lah, yang membuatkan Nur dan Arif rapat sebagai kawan baik. Banyak yang dikongsi bersama antara mereka. Persamaan mereka juga sama. Walau hanya setahun jagung, hanya mereka saja yang memahami bahasa mereka, yang memahami keinginan mereka dan memahami impian mereka.
Perjalanan ke pondok diteruskan, dan setibanya pondok, Nur dah bersedia menyising kedua belah seluarnya untuk menceroboh bendang yang terbentang luas dan memulakan operasinya. Arif hanya mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh Nur. Gelagat keduanya amatlah mencuitkan hati. Seorang kesana, seorang kesini, bagai tiada sesiapa didunia kecuali mereka. Keli yang dicari tapi sepat yang dikehendaki. Masing-masing dengan cara masing-masing.
"Oit! Hangpa berdua tu! Dok wat pa kat dalam lumpuq tu? Pi naik ataih cepat!," jerit Pak Mail, kawannya bapak Arif.
Dengan segera, mereka berdua bergegas merentas batas-batas padi untuk naik ke darat. Kekalutan itu menyebabkan mereka tergelincir dan terjatuh ke dalam lumpur tempat kerbau berkubang. Bergegarlah kawasan bendang itu dengan tawa mereka berdua..
"Arif! sini sat. Kite nak tengok ada benda kat muka awak tu!", kata Nur dengan niat nakalnya.
Arif yang segera dekat dengan Nur dan menyuakan mukanya. Dengan selamba Nur mengaut lumpur sepenuh tapak tangan dan mengesatkan pada muka Arif. Arif terkejut dan mula bertindak melakukan benda yang sama dengan Nur! Ketawa mereka meletus lagi.
Kedatangan Pak Mail tidak diendahkan dan menyentakkan lamunan fantasi kedua kanak-kanak itu.
"Udah-udah! Hangpa berdua naik dan pi balik. Aku habaq kat mak pak hangpa, baru hangpa tahu. Amboi, dok main kat bendang wat pa? Kan kena sengat dek keli atau ulaq nanti sapa yang susah? Mak pak hangpa yang susah. Nasib baik Pak Mail nampak." Bebel Pak Mail.
.................................................................................................................................
Sesampai dirumah....
"Ya Allah Nur, kenapa comot macam ni? Nur main kat mane? Kan mak dah kata, tamau main kotor kat luar tu. Nur degil ea cakap mak? Kalau ayah tahu mesti mak yang kene marah", bebel mak Nur.
"Hurm, Nur main kat bendang mak. Masa Nur nak balik Nur terjatuh sebab berebut nak naik dengan Arif. Arif pun kotor cam Nur." Jawab Nur.
Sambil menggeleng-geleng tanpa berkata, mak Nur hanya terus cepat memandikan Nur yang baunya seperti kerbau berkubang. Maknya tidak mahu ayahnya memarahi Nur kerana Nur adalah satu-satunya anak mereka yang paling dia sayangi.
Berlainan pula dengan Arif. Arif dimarahi oleh ibunya kerana pakaian yang dipakai terlalu comot. Tetapi Arif hanya mendiamkan diri dan berlalu terus ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
Tetapi untuk Arif, terbit satu senyuman yang cukup indah untuk dikenang apa yang dilaluinya bersama Nur. Perasaan seorang kanak-kanak kepada kanak-kanak yang lain. Itulah keajaiban dari Allah. Perasaan sayang yang tak semua orang dapat rasa diperingkat umur yang sebegitu..
Betapa bahagia kedua-duanya rasa.............
Ok, sambung nanti... :)
gracias to read!
2 comments:
itu adalah menarik..berjaya membawa ke satu sudut.tahniah.
Post a Comment