Bila aku baca blog TERFAKTAB yang tentang " Favourite Priorities" baru aku realize satu benda bahawa apa yang diceritakan tu betul tapi bukan tang yang nak hensem bagai, tapi kat bahagian yang Aku sayang kau, tapi kau buat dont know. Kalau nak diikutkan situasi, aku bukanlah macam tu, aku sayang dia dan dia tak sayang aku. Kami kedua-duanya sayang menyayangi dan cinta mencintai tapi yang selalunya perfikiran pendek adalah aku.
Dalam minggu ni aku kerap membaca blog TERFAKTAB dan aku merasakan blog tu diceritakan berdasarkan pengalaman penulis-penulisnya dalam sesuatu relationship. Hurm, ok berbalik kepada statement yang membuat aku jadi berfikiran terbuka bila ia berbunyi macam ni,
"Biarlah orang yang kau sayang tu tak sayang kau balik pun, just be there
for him. Ramai jatuh cinta dengan expectation kalau kita suka orang tu,
dia kena suka kita balik. Wajib kena suka kita balik! Gila ke apa kau
ni. Kalau betul kau sayang, biarlah dia kalau nak jadi kawan je
sekalipun. Hormat perasaan dia, dan dia pun akan hormat perasaan kita.
Dunia akan jadi satu tempat yang lebih baik kalau semua hidup dengan
adab dan jangan biadap, jangan nak pentingkan diri sendiri. Kalau rasa
tak tahan nak hadap dan be professional, dah pergi seret bontot sana dan
mohon move on."
Tersengih jugak la aku membacanya. Haha, sebab aku selalu gak la merasakan sedemikian padahal vice versa dari pemikiran aku. Semalam aku ade borak lah sikit-sikit, dan beliau seakan akan mengimbau kenangan lalu. Kalau nak diikutkan time tu time yang orang kata sweettttttttt je manjang. Pagi petang siang malam berkepit dengan telefon. Dah cakap, sms pulak tapi tu la, makin lama kenangan tu ia ditelan dek zaman disebabkan teknologi yang semakin mencanggih.
Dia mengemukakan soalan bahawa ada tak seseorang itu tak berubah biarpun bertahun tahun? Hurmm aku agak terdiam dan berfikir betul jugak. Tapi satu statement dia, dia akan kata, " Biar semua luaran berubah, tapi jangan dalaman, kalau dalaman berubah tu yang pelik". Hurmm, jadi aku pun berfikir la jugak. Nama pun perempuan, fikiran negatif tu sometimes datang jugak tapi aku biarkan walau tetap berfikir. Hurmmm camana tu?
Tu yang jadi macam penulis TERFAKTAB tu cakap. Tu yang aku leh menyengih je. Walau aku rasa macam tu, apa apa pun aku ada untuk dia. Even tak tahu apa yang bakal terjadi kelak, aku tetap nak ada. Jadi, syukurilah dengan apa yang diberi Yang Esa. Sesungguhnya apa yang diberi bersesuaian dengan apa yang ada ada diri kita. Aku belajar, belajar dari situ.
"Just appreciate with what we have rather than seeking or chasing that something is uncertain"
Salam alaik!
Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
5 years ago
No comments:
Post a Comment