my spirit

Tuesday, February 5, 2013

Rahsia Dia...

Lembut lidahmu menyusun kata,
Santun pekertimu penghias rupa,
Itulah perihal kata-kata,
Membuat ia elok berbicara.

Melihat dari sudut yang berbeza,
Keperibadian menceritakan segala,
Tingkahmu, langkahmu,
Memberi perihal maksud yang tersirat.

Senyuman,
Ibarat satu kemestian,
Membuka lembaran keceriaan,
Dikala suasana dalam kesuraman,
Menjadikan sebuah destinasi keindahan.

Inilah nama,
Dalam susah ataupun senang,
Ia tetap menjadi peneman,
Di saat tiada penyelesaian.

Berbicara dalam bahasa sembunyi,
Dia adalah sahabat,
Yang mustahil untuk dicari ganti,
Kerana dia adalah dia,
Tiada lagi sepertinya,
Hanya dia pendengar yang setia,
Kerana die seorang yang bernama.

Nukilan: A.S.R

2 comments:

Anonymous said...

:)...Yes.dia adalah dia.

Nurul.

Akmar said...

tahu takpe.. dia si Kimiaku... :')

Post a Comment