Sampai ke nafas terakhir pun aku tetap akan menyayanginya..
Tapi aku tak pasti samada aku bisa menggembirakan mereka seperti mereka menjaga aku dari dalam perut, hingga aku lahir, dan besar sehingga sekarang..
Mak dan ayah...
Dua insan yang sangat penting dalam hidup aku..
Tanpa mereka, siapalah aku didunia ini..
Ntah kenapa hari ini aku berasa ingin menulis tentang mereka..
Ntah kenapa hari ini aku terlalu mengingati mereka...
Ntah kenapa hari ini aku terlalu merindukan mereka..
Terbayang pandangan mak ketika melihat kelibat aku yang pulang kerumah...
Aku terpaksa tidur di rumah kawan kerana ada perbincangan berkumpulan..
Ketika itu aku sedang tidur di dalam bilik dan terdengar suara mak di telingaku...
Terus aku bangun dan pergi ke depan dan memeluk mak..
Melihat pandangan beliau aku tahu beliau merindukan aku...
Baru aku tahu nilai kasih seorang ibu...
Terasa sampai dalam hati aku ini pandangan beliau yang satu itu...
Aku seorang yang suka memanjakan diri dengan memeluk beliau..
Dan adakalanya beliau rimas dengan pelukanku, tetapi aku ni jenis tak makan saman..
Terusan memeluk, peluk, peluk, peluk dan peluk.. Hehehe..
Biarlah dikata anak manja sekalipun.. Hanya aku tahu aku bagaimana...
Yang penting niat aku hanya aku je yang tahu...
Dan untuk ayah...
Teringat tentang malam tadi...
Aku pikirkan aku tidak lapar bila pulang dari kelas..
Sampai-sampai umah, meletak beg dan aku terus membuka tudung salji...
Tetiba rezeki itu tidak ada..
Ayah hanya bertanya, "tak makan lagi ke?"...
Aku hanya menggangguk menandakan belum..
Dan ayah memberitahu bahawa hari ni mak tak bawak balik makanan..
My mistakes last-last yesterday yang aku tak jamah pun makanan yang dibawa..
I said sorry to ayah...
Then, ape yang wat aku rasa cam terharu tu, pagi tadi before ayah pergi kantin, time kul 4 or 5 lebeh something, he came into my room and gave me some money to me..
Ya, as usual bile time tengah-tengah bulan ni aku mintak duit belanja untuk duit minyak..
Even dah bekerja pun i still mintak belanje..
Hurmm, but pagi tadi ayah bagi lebih sikit dari biasa bile die tahu aku tak makan malam tadi..
Aku sambut duit dari tangan die, dan aku salam dan cium tangan die before die pergi keje..
Dan die kate, tu duit belanje, jangan lupe beli sarapan..
Aku cam terharu dan ingat apa yang ayah cakap...
Terima kasih ayah untuk segalanya...
(T_T) *tersenyum kelat
*pause*
Hurm, aku rasa aku tak mampu hidup tanpa diorang..
Sejahat-jahat aku, sedegil-degil aku, mereka tetap segalanya bagi aku...
Mungkin aku tidak dikategorikan sebagai anak yang mithali bile ada sesuatu perkara tu aku akan melawan untuk mempertahankan...
Tapi dalam masa yang sama aku cuba untuk membahagiakan mereka...
Itu perangai aku...
Aku ingat lagi, apabila pemergian mereka ke Tanah Suci menunaikan umrah..
Semangat aku hilang ntah kemana..
Pernah suatu hari tu, aku terlalu rindu pada mereka dan dah sampai Shah Alam..
Aku terus pulang kerumah meminta adik aku menelefon mak dan ayah..
Menangis teresak-esak usah dikata...
Aku cakap aku rindu..
Rindu pada mereka., kenapa mereka tak telefon aku..
Semua aku tanya... dan mak menjawab dengan suara yang bergetar...
Aku teringat lagi keadaan itu..
Dan aku sedar, kehadiran mereka memang aku amat memerlukan...
Tak dapat aku bayangkan andai mereka tiada..
Simpang malaikat empat puluh empat..
Aku tak ingin kejadian sedemikian..
Tak ingin...
Selagi hayat dikandung badan, aku akan cuba membahagiakan kedua-dua insan itu...
"Kasihnya ibu membawa ke syurga,
Kasihnya ayah sepanjang zaman..."
Cinta mereka sampai bila-bila....
Amin.
Mereka yang tiada tandingannya.. Di dunia dan diakhirat mereka tetap segalanya.. |
No comments:
Post a Comment