my spirit

Monday, October 8, 2012

kembali pada Allah

Ehem! Ehem! Ehem!..
Membetulkan anak tekak dalam kedudukan yang asal.. (^_^)
Hye korang? How are you? Ada baik ka? Hope korang-korang in good condition...

Kali ni ada time nak menulis-nulis.. Kerja agak kurang dan hanya membuang masa...
Bukan makan gaji buta ya! Hepp! Babap mulut kalau kate camtu...
Kalau time keje banyak, tak dapat derr nak menaip-naip macam ni...
Kalau ada pun, tu just sampingan sebab dah terlalu stress ataupun bosang...

Hurmm, lately ni ade dua berita yang sangat sad..
Dan kedua-dua berita tu tentang kematian...
Sangat menginsafkan bila mengenang tentang itu...
First tu, atuk sedara aku, yang baru-baru ni pakcik sedara aku...
Benda berlaku macam pap! Haa, sekelip mata je..
Takziah untuk semua ahli keluarga yang terlibat..
Al-fatihah untuk mereka...

Hurmm, sekarang ni ajal tu takkan mengira usia..
Bila-bila masa dan ketika kalau masa tu dah sampai tetap akan jadi jugak..
Huh... Ntah la.. kadang-kadang terpikir, macam aku ni ha...
Macamana kalau esok lusa ajal tu datang?
Sempat ke nak bertaubat?
Takutkan?

Tahu tak, pakcik sedara aku yang meninggal tu dari Sarawak..
So, jenazah die sampai dalam pukul 2 pagi lebih...
Dan pagi tu jugak dikebumikan...
Semasa pengebumian tu dibuat, hujan rintik-rintik..
Sejuk je rasa sekeliling...
Aku hanya melihat pemprosesan tu berlaku...

Dan ketika talkin tu dibacakan, aku mendengar dengan teliti...
Macam-macam bermain dalam pemikiran aku...
Macam-macam perasaan yang bermain dalam hati aku ni...
Apalah perasaan orang yang berada di bawah itu sewaktu mereka dibacakan talkin tu...
Sebak mula mengcengkam dada...
Tapi aku hanya menangis saat menatap untuk kali terakhir..
Dan aku mencium dahi pakcik aku tu..
Sesungguhnya beliau sangat la baik ketika di dunia...

Sekarang, tiada lagi si penasihat untuk anak-anak buah..
Perangsang semangat...
Tibe-tibe jadi sebak pulak...
Aku berdoa semoga beliau berada di kalangan orang-orang yang beriman..
Amin...

No comments:

Post a Comment