Salam jumaat untuk semua warga blogger dan readers sekalian. Lama naaa tak menaip-naip kat sini. Penat, penat, dan penat. Sebab tu tak terdaya dan hari ni rasa macam mahu menaip. Ntah kenapa laju benar tangan mengklik blog sendiri dan sign in. Abaikan rasa itu yang penting kita enjoy.
Ermm tajuk cam hiperbola sangat kan? Tapi itu lah yang dirasakan saya pada petang ni. Aneh, aneh dan aneh. Kenapa ea? Tapi takda lah nazak sangat. Just rasa ingin beradu dan tak mahu bangun-bangun. Badan sangat sakit, kaki lenguh-lenguh dan kepala hanya Allah je yang tahu.
Haish, nak bercerita tak tahu nak bercerita secara oral tapi mampu meluahkan secara lisan di dalam blog ni. Pasti Lullaby akan risau begitu juga kawan-kawan yang lain. Ermm jangan risau, budak bulan Ogos kalau sakit cepat sihat. Dun worry guys!
Mungkin terlalu memikirkan masalah semalam, dan meluahkan kepada Lullaby dan Nurul. Dan selepas bercerita, makin kuat, kuat, dan kuat sampai terpaksa membatalkan kelas bahasa bersama Prof. Lullaby. Ampunkan saya prof. Ketiduran. Kerana kesakitan yang amat dikesali menyebabkan saya tak mampu mengangkat mata dan kepala.
Kaki sejuk mengalahkan ais, muka panas dan kemerahan. Nape ye? Rasa sangat tak selesa. Tapi hanya berfikiran positive yang Allah nak buang dosa-dosa kecil kite dan memberi sedikit kesakitan pada diri kita. Kan? Mungkin dari situ kita boleh memuhasabah diri kita sendiri. Mengenang dosa-dosa yang pernah kita lihat. SubhanaAllah.
Menerima dengan redha. Alhamdulillah diucapkan atas setiap dugaan, ujian dan rezeki yang diberikan oleh Allah pada saya. Amin. Dan jangan lupa berdoa supaya Allah meringankan apa yang kita tanggung.
gracias for read!
No comments:
Post a Comment