my spirit

Tuesday, November 15, 2011

kacau

Assalamualaikum wbt.

Hari ni rasa cam bosan, selekeh, boring and sedikit takde mood. Nape? Ntah tiada jawapan pada soalan yang sebegitu. Sepatutnya kena mengadap buku untuk kuiz Business Law petang nanti tapi ntah tiada nafsu yang berkobar macam semalam. Haish! Dimanakah mood menghilang. Nak mencari, tak tahu. Hurmmm...

Satu perasaan yang timbul, perasaan yang kurang enak, kurang menyakinkan, rasa down yang teramat dan rasa ntah pape lagi. Adess! Intan, intan just wake up! Nape ni? Hati hanya mendiamkan diri tanpa menjawab segala pertanyaan.

Nak mengarut time takde mood ni jadi tak reti, semuanya kaku, blurrrr dan tak macam biasa. Please la! Go away! Nak kate stress? Stress untuk apa? Stress yang tak tahu hujung pangkal? Nak kata ada masalah, takde. Masalah jiwa kot. Haha. Kadang-kadang ye, aku sendiri akan cakap yang aku ni gila. Mood tak tentu, orang unsur angin, so hidup pun nak berangin je la.

Sometimes, we also not understand what our self need but we can feel it for a short while. *aku pun tak tahu english aku ni betul ke tak, so ade aku kesah? (=.=)

Actually, banyak yang hendak diperkatakan, banyak yang hendak diluahkan tapi apakan daya, jadi tak terkeluar dek kata-kata hanya terbuku dalam jiwa. Itulah dunia, ada benda kita boleh meluahkan ada benda kita sendiri rasa tersangkut untuk meluahkan. Ikutkan hati yang muda ni, mahu belayar. Hahaha, belayar merantau mencari pengalaman hidup. Merasa kehidupan luar yang kita sendiri nak lalui. Boleh tak agak-agak? Mestilah tak!

Keluar kejap pun dah dok kol-kol. Hurm ni kan pulak nak pergi belayar n merantau? Alamatnye memang mereka ikut sekali la agaknya. Mencari diri sendiri ketika tak tenang memang takkan dapat la. Sebab segalanya serabut. Hope hari ini everything is gonna be ok!

No comments:

Post a Comment