my spirit

Tuesday, November 8, 2011

hanya lelaki/perempuan yang memahami boleh mendengar cerita pasal mantan.

Assalamualaikum wbt.

Terbaca di blog sahabat baik saya. Dia bercakap mengenai lelaki yang boleh berkongsi masa lepas kita, pasal segala-galanya. Terutama tentang mantan kekasih. Ok, saya sangat hormat kalau seseorang itu samnggup mendengar tentang cerita mantan kekasih. Bukan senang nak menjumpai lelaki yang sebegini. Macamane die bercerita tentang mantan kekasih die dahulu dan kita menerima, semacam itu la jugak kita bercerita dan die menerima. Cerita hanya sekali lalu, dan segala soal jawab hanya pada satu masa sahaja bukan untuk setiap kali perbualan.

Kalau macam tu, saya sendiri pun naik anginnya. Tapi kenaikan angin saya tak semudah itu, selagi dapat menerima ceritanya walau terselit sedikit cemburu, saya masih mampu mengawal dan menjaga hati pasangan saya tu. Cerita la banyak mana mahu cerita, saya tetap cool tapi menerima la seperti saya andai saya mula start bercerita. Biarpun awak mendengar dengan bosan, itu dah dikira bersyukur sebab anda sudi mendengar.


Nak mendapat jejaka yang sedemikian, sangat sukar kerana sekarang kebanyakkannya ramai yang kaki cemburu. Hurm, walau zahirnya tidak ditunjuk, tapi dari perbuatannya dapat dirasa. Entah malas mengulas lebeh banyak tentang ini sebabnya, saya dah pernah mengalami. Alhamdulillah, Allah tu Maha Adil, satu persatu ujian diturunkan dan untuk masa kini saya sangat beruntung mempunyai Lullaby saya sebagai peneman. Serius dia seorang yang tenang. Dan pandai mengawal kemarahannya. Itu kelebihan dia dimata saya.

Saya bercerita bukan ingin mengagung-agungkan beliau, tidak, tapi ini adalah hakikat yang saya sendiri rasa. Ntahla, susah nak merungkaikan hal beliau. Sekarang sedikit demi sedikit mengupas dan belajar tentang beliau dengan sebaik mungkin. Mungkin dalam setiap perhubungan yang menguatkan lagi perhubungan itu adalah kepercayaan dan kesetiaan. Memahami juga adalah satu lagi faktor untuk menguatkan lagi ukhwah tu dan tambahan ukhwah itu diredhaai dan direstui Allah dan ibubapa. InsyaAllah.

Oklah, just terasa nak update untuk lelaki yang leh mendengar pasal mantan kekasih, tapi dah melalut. hehehe. Ok la. Nite.

gracias for read! :)

No comments:

Post a Comment