Menatap sekeping gambar pasti kenangan itu menggamit rasa, rasa yang dah hilang datang dengan sekelian kalinya, tapi bukanlah untuk selamanya hanya untuk sementara, perasaan yang datang menyingkap memori lama. Suka, duka, kecewa, resah semua bersama. Dalam seusia ini, bagaikan tersedar yang masa dah lama menjauhi, usia diri semakin meningkat, fikiran semakin terbuka dan dalam tidak sedar segalanya berubah.
Diri bagaikan terasa segalanya berjalan pantas, aneh, ganjil, tapi itu semuanya kenyataan. Kadangkala diatas, kadangkala dibawah, menjadi pengajaran untuk hidup yang masih panjang lagi perjalanan. Bila difikirkan, setiap orang berbeza pengalaman hidup, ada yang hidupnya sentiasa dalam kesenangan, ada pula yang dalam kesusahan, dan ada juga yang merasa kedua-duanya. Itulah karma dunia, apa yang ditetapkan oleh Allah boleh berubah andai kita yang sanggup untuk mengubahnya.
Bukan senang nak jadi senang, tapi senang nak jadi susah. Bayangkanla, segala titk peluh keringat digunakan dengan sewenang-wenangnya, berbaloikah untuk keringat yang diperah? Pastinya tidak. Andai ada mesin masa, pasti ku putar untuk kembali purba, pusing semula jam dunia, pusing semua keadaan yang ada. Takkan kubiar hati menangis, biarlah sahaja penyu yang menangis.
No comments:
Post a Comment