Assalamualaikum wbt..
Jari saya hanya ingin menaip-naip di sini, taipan hanya mengikut rasa dalam hati. Kadang-kadang saya berfikir adakah saya seorang hamba Allah yang baik?anak yang baik? adik yang baik? kakak yang baik? kawan yang baik? dan juga kekasih yang baik? Semua itu sering bermain di pemikiran saya sepanjang saya mengenal tentang erti tanggungjawab pabila memegang gelaran yang diberi.
Entah, kadang-kadang hati kecil ini pasti boleh berubah dengan serta merta. Dari gembira ke sedih, dari sedih ke gembira, dari tiada rasa sampai boleh merasa pelbagai rasa. Haih! mengeluh satu perkara yang pasti saya akan lakukan jika saya sendiri merasa buntu dengan apa yang saya rasa. Bukan semua perkara yang boleh dikongsi, bukan semua perkara boleh di ceritakan. Untuk menceritakan serta mengongsikan memerlukan masa yang banyak jika satu perkara itu bukan perkara yang mudah.
Memahami setiap rasa hati amat la sukar. Tak semua orang mempunyai intipati yang kuat walaupun ia seorang anak, adik, kakak, kawan, atau kekasih. Tak semua beruntung. Ikatan kimia yang menjadi penyambung itulah yang membuatkan kita masing-masing boleh memahami tentang orang sekeliling.
Fahami hati,
Jiwa terasa,
Ada kasih,
Penghubung jiwa,
Ombak melanda,
Daku ada,
Untuk dikau,
Berkongsi segala.
Ayat diatas untuk yang mengenali diri ini, walaupun agak-agak nampak macam gelabah, saya tetap mahu dedicate untuk yang mengenali diri ini.. Ok la.
gracias for read!
No comments:
Post a Comment