my spirit

Monday, June 20, 2011

Adakah saya ni terlalu kasar?

Menulis lagi, ingin meluahkan sesuatu yang aku tertanya-tanya..Ermmm, orang kalau tak kenal aku pasti akan kata aku ni sombong sebab aku kalau ngan orang yang aku tak kenal, aku takkan bersuara kecuali kalau tiba-tiba mood aku baik, pasti aku akan menjadi peramah..Tapi bukan ini yang aku nak katakan, aku just nak tanye pendapat korang-korang, jika seorang perempuan ni kasar, adakah ia sesuatu kelemahan dalam diri dia?

Antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang perempuan itu kasar adalah disebabkan

  • faktor pertama iaitu sekelilingnya yang dia mempunyai adik-beradik lelaki yang ramai daripada adik beradik perempuan,
  • faktor kedua adalah disebabkan dia memang tak suka berkawan dengan perempuan yang banyak songeh dalam segala hal,
  • faktor yang ketiga mungkin jiwanya lebih kepada sifat lelaki tapi cara pemakaian tidak mengubah apa-apa hanya tingkahlakunya sahaja,
  • faktor yang keempat adakah disebabkan oleh fobianya dia dikecewakan oleh lelaki dan menyebabkan perempuan itu berkeras dan bersikap kasar?
Bagi aku sebagai perempuan tidak salah jika seseorang perempuan itu mempunyai sifat yang sedemikian untuk berada di dalam dunia yang sekarang. Ini kerana adalah untuk menggelakkan diri daripada dipijak oleh kaum lelaki..Memang perempuan perlu ada sikap lemah lembut tapi jika mempunyai sikap yang kasar, tegas, dan garang sedikit merupakan satu kombinasi yang menarik..Ini adalah pandangan aku berdasarkan aku sebagai perempuan yang pernah berhati lembut suatu ketika dahulu.

Dari sifat lembut itu, segala kelakuan kita terbatas dan menyebabkan kita kurang keyakinan pada diri dan kita tak mampu melawan ataupun melakukan sesuatu keputusan untuk diri kita sendiri..Jika lelaki-lelaki diluar sana dalam melihat sedikit kekasaran yang ada pada wanita yang lembut, pasti itulah yang menjadikan perempuan itu unik. Bak kata pepatah melayu "Jangan disangka air yang tenang tiada buaya".

Begitu juga, lelaki-lelaki diluar sana jangan sangka perempuan yang bersifat lembut tiada anginnya... :).. Lelaki yang sempurna adalah lelaki yang menerima sifat-sifat perempuan itu seadanya..Kalau difikirkan balik, cuba cari balik apa yang menyebabkan anda terpikat dengan kekasih anda dan isteri anda?Apa kelebihan yang dia ada sampai anda jatuh cinta?Itula yang aku nk ketengahkan dalam entri aku kali ni..

Entah kenapa, soalan ni sering saja aku bertanyakan kepada kawan-kawan lelaki aku..Dan jawab klise yang aku selalu terima adalah

  • Aku suka la kau cam gini, sempoi je..Rock je..Kasar sikit-sikit takpe..
  • Mane ade kasar, ok je la aku tengok..Aku suka kawan orang macam kau..
  • Betullah ko tak kasar, kalau kasar pun kasar yang comel..

Hehehe, itulah jawapan klise yang selalu aku dapat if aku tanye kawan-kawan lelaki aku.And fyi, aku senang kot kalau berkawan ngn orang yang boleh menerima diri kita seadanya..Ye dok?Betul kan?Kalau korang yang perempuan-perempuan tu, camane?Sokong tak dengan apa yang aku kata?MEsti sokong kan? DAn aku mencari orang sebegitu menjadi teman hidup aku..HEheehe..Boleh menerima aku seadanya, kasar ke, lembut ke, ganas ke, garang ke..HEhehe...tapi dun worry, kasar aku ok je..Biasalah, duduk dikelilingi lelaki sebelum dapat adik perempuan...Mainan kecik-kecik dulu pun mainan lelaki...Hahaha..semua itu indah...Ok la, hope korang suke dengan entri aku..

Klikla banyak2 kat iklan atas tu tau!!

gracias for read!

9 comments:

Anonymous said...

yeah!!thats ry8..!me 0so..me: the last dghter..av 5 brothers..then how??cousin..mostly male...hahaha...

Akmar said...

anonymous: tahu takpe..kite pun camtu..tgah2 antara lelaki b4 dpt adik perempuan..lame kot cmtu..apa abg main sume nk join sekali..hehehe..

Anonymous said...

hahaha..yeah..that was a sweet moment although...=>

Akmar said...

anonymous: tahu takpe..ade lah satu kenangan tu, sampai sekrang saya masih ingat.. :)

Anonymous said...

what was it??can i kn0w it??reaalllyyy excciiteeddd t0 know it...=>

Akmar said...

anonymous: hehehe.. i will update it k..that was so terrible experience..hehehe..

Anonymous said...

hahaha...ok..can't wait for it..=>..it must be an interesting+teribble story -mory..hahaha

Akmar said...

anonymous: ok, just wait and read k.. :)

Anonymous said...

oredy read it..=>

Post a Comment