my spirit

Monday, June 20, 2011

Happy Father's Day

assalamualaikum..

SELAMAT HARI BAPA AYAH!!!
(^_^).
Walaupun semalam baru berlalu, aku rasa aku tak lambat mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada En. Sarifudin Bin Abdul Rashid dan tak lupa kepada bapa-bapa satu dunia... Tiada yang istimewa tapi hanya jamuan kecil-kecilan yang di sambut di teratak kami di Kuala Kubu..

Majlis yang sederhana tapi aku merasakan begitu berharga meraikan hari bapa..Tiada apa yang ingin aku katakan cume aku ada sedikit ucapan untuk ayah...

Ayah,
Tiada apa yang dapat ku katakan,
Hanya mampu melihat segala pengorbananmu yang tak mampu aku balas,
Walaupun kamu tidak melakukan pengorban seperti emak,
Tapi aku tahu tanpamu aku takkan ada didunia ini..

Ayah,
Terima kasih kerana membesarkanku..
BErtungkus lumus bersama emak,
Menyediakan segala keperluanku,
Dari aku bersaiz dua jari hingga la sebegini besar...

Ayah,
Kau tetap memanjakanku dengan kasihmu,
Walaupun aku da besar,
Kau masih lagi melayanku seperti aku kecil,
Mungkin keadaan sekelilingku mengusarkanmu melepaskanku pergi dari jagaanmu,
Dan mungkin kau akan melepaskanku jika terdapat seseorang yang bisa menjagaku,
Seperti kau menjagaku..

Ayah,
Maafkan aku jika aku selalu menyusahkanmu,
Maafkan aku jika aku selalu melawan bicaramu,
Maafkan la aku jika aku sentisa bertelagah denganmu...

Terima kasih untuk segalanya Ayah..
Terima kasih...
Semoga Allah memanjangkan usia dan memberkatimu bersama emak sepanjang hayatmu..
Saya sayangkan ayah..

gracias to read!

No comments:

Post a Comment