my spirit

Friday, May 6, 2011

kita sama di mata Allah

assalamualaikum guys!

Ermmm setelah aku reda dari kemarahan yang melanda, aku terasa ingin menulis lagi. Tentang manusia hamba Allah yang kaya, yang miskin, yang baik, yang jahat, yang cantik, yang hodoh, yang pandai, yang bodoh dan banyak lagi perbezaan. Adakah semua perbezaan ini yang membuatkan semua orang berasa taraf mereka lebih tinggi ataupun lebih rendah? Atau adakah sebab-sebab itu juga mereka berasa mereka di golongan yang membanggakan or mereka adalah terhebat jika mereka telah ada segalanya?

Cuba lihat keadaan sekeliling kita, penduduk Malaysia, drama-drama Malaysia, Indonesia dan sebagainya yang sering mengaitkan tentang taraf kehidupan seseorang manusia. Semuanya dibezakan? Untuk apa? Apa yang kita ada adalah rezeki daripada Allah. Sekali rezeki itu ditarik, mereka yang berkenaan akan berada sama taraf dengan orang yang mereka tak suka, yang bertaraf rendah. Nampak tak tentang lumrah dunia?

Bukan mudah untuk mencari manusia yang tak lokek, tak memandang harta, tak memandang darjat, dan tak berkira tentang segalanya. Kalau aku fikirkan kita semua sama, makhluk ciptaan Allah. Mereka yang berlagak, merasakan diri mereka tinggi dan tak layak untuk bersekeduduk dengan orang bawahan. Mengucap di dalam hati agar aku kelak tidak akan jad seperti itu. Mintak-mintak dijauhkan itu yang aku berdoa.

Bagi aku, aku hanya akan mampu menyediakan apa sahaja segalanya dengan kemampuan yang ada. Tidak perlu mengikut-ngikut orang yang sudah azalinya senang. Berlagak bukan sifatku. Berlagak untuk ape?Mengikut untuk ape? Kalau bukan dari Allah, semua itu takkan ade. Perlu ke nak berlagak?

Kadang-kadang sangat pelik. Nasib baik mak ayah ku mengajar aku tentang menghormati orang lain, tak kira bangsa dan dari mana orang itu datang. Jangan nak membeza-bezakan orang-orang itu. Cuba rasa kalau kita sendiri ditempat mereka-mereka? Terpikirkah anda?

Hati kena lah sensitif dengan perasaan orang lain, baru kita sendiri mengerti dan peka tentang orang. Sebab tu adab-beradab itu kena ada. Ermmm ase nak mengeluh, mengeluh, dan mengeluh.

Alhamdulillah Allah memberikan aku segalanya. Even tak mewah tapi aku sangatlah bersyukur hidup dengan gembira bersama mak ayah dan adik beradik yang tercinta. Ase sangat sensitif tibe-tibe bile aku menulis tentang entry ni. Ntah la, tak suke dengan sikap-sikap sedemikian yang berlaku. Haih! Penat.

Nape aku meluah? Ntah la, aku terasa nak meluah. Meluahkan segala yang aku rasa. Rasa sedih yang melanda ni tak leh nak dibendung. ~~go away-----------

gracias for read. (-_-)

No comments:

Post a Comment