my spirit

Monday, December 27, 2010

dendangan hati (1)

.setiap titisan air hujan yang jatuh ke bumi, seakan-akan mengerti kesedihan hati ini.
.rindu yang terpendam membuatkan titisan itu semakin lebat.
.dan awan yang cerah menjadi terlalu kelam untuk dilihat.
.kadangkala aku tak pasti kenapa harus merasa sedemikian.
.hati ini tertanya-tanya, dimana pergi kegembiraan itu?.
.adakah tertinggal bersama kebahagiaan yang sekejap itu atau hilang bersama keyakinan diri?.
.aku mencari, mencari, dan terus mencari.
.punca kegelisahan, punca keresahan, dan punca kesedihan itu.
.tapi aku hampa kerna punca tak dapat dikenalpasti dan aku terus begini.
.andainya dikau mengerti, tentang perasaanku ini, pasti dikau dapat merasai.
.tentang cinta yang kuharapkan, kasih yang ingin kusemaikan,sayang yang kuidamkan.
.semua itu hanya darimu.

2 comments:

Dari Mata Yang Melihat said...

jangan menghambakan diri pada cinta,jangan menongkat rasa pada rindu.Jadikan jiwa itu ada rasa dan bukan tersembunyi.Angkatkan semua yang berlaku sebagai kunci kekuatan.
kesedihan,keresahan membuatkan kita mudah jatuh dan sukar untuk kehadapan.
( ^ __ ^ )'
'Jangan bersedih kerana kesedihan itu diibaratkan seperti mengembalikan air sungai kembali ke sumbernya dan tempat asalnya'.

Akmar said...

terima kasih wahai sahabat ku PRAHARA ABADI..
sangat2 appreciate gile ngn komen ko..huhuhu...terasa rindu wei ko takde...tp takpe take holiday ngn sebaik mungkin k..thanks sb bagi nasihat ni kat aku,n tunggu la kemunculan dendangan hati yang kedua.. :)

Post a Comment