Assalamualaikum korang.
Lame, memang cukup lama rasa tak menaip-naip kat sini. Kadang kadang nak menulis tu memerlukan sedikit jiwa, dan perasaan yang baik. Haa, tu cite dia. Aku pun kadang rajin taip kat sini, kadang rasa nak sembunyi sikit taip kat dalam buku. Rasa perlu simpan kita simpan dan selepas tu, kita wajiblah bersikap HUSNUZON kepada makhluk sekeliling.
Actually aku bukanlah nak menulis yang ni, tapi yang keluarnya lain. Aiyoo. Haa, kalau korang nak tahu, kemuncak untuk pengajian hampir ke penghujung. Ini adalah petanda dan petunjuk bahawa aku berjaya atau tidak menghabiskan pengajian yang dah aku jalani selama empat (4) tahun berturut- turut tanpa aku perasan yang tahun beralih dengan lajunya. Serta umur yang kian makin bertambah, tapi ada aku kisah? Selagi aku diberi peluang untuk bernafas, aku sungguh bersyukur terhadap nikmat yang diberi Tuhan Yang Esa.
Adakala dalam hidup ni memang banyak naik turunnya. Dan begitu jugak liku-liku hidup yang kita jalani, perubahan perasaan, perubahan diri, perubahan fizikal, dan perubahan rohani. Samada dari teruk ke baik, baik ke terbaik atau sebaliknya. Dan dalam menjalani kehidupan ini juga aku belajar mencari, mencari apa yang memang perlu kita cari dan yang selama ini kita tak pernah nak menyedari apa yang perlu kita cari.
Tapi Allah SWT, bila dia nampak seseorang hambaNya ada potensi dalam hidup untuk berubah, memang macam macam dugaan Dia akan beri dan melihat sejauh mana bersungguhnya kita dalam memperolehi apa yang kita nak tu. Hurmmm, aku mula mula slow jugak bab-bab cenggini tapi bila ada orang-orang keliling yang rajin membuatkan sel-sel otak aku berfungsi, aku pun mula berfikir dari pelbagai sudut dan aku juga ada juga membuat ujian pada diri sendiri. Dan semestinya keputusan yang aku terima atas ujian yang dibuat aku sendiri memang sangat aku teruja dan aku mula tahu yang kita kena ada dua perkataan yang perlu digunakan dalam kehidupan kita iaitu PERCAYA dan YAKIN.
Tapi kena ingat ye anak-anak, tak semua apa yang kita nak boleh dapat hanya dengan memetik jari sahaja kalau kau hanya goyang kaki dan bermalas-malasan. Aku cakap pun berdasarkan pengalaman aku sendiri sebab aku pun adakala macam tu.Tapi bila pikir balik ase cam diri ni bermonolog dengan diri sendiri "bodohnya kau, kau nak tapi kalau goyang kaki, tak usaha camane?". Haaa, jangan main main ye, mulut dalam hati pun kadang-kadang melahar jugak pada kite ni. Tapi tu la, hati ni, kadang-kadang kata elok, kadang-kadang suka nak hasut hasut, memang very daaaa tau. Tapi kita sendiri yang kena melawan. Tu je kalau nak memajukan diri sendiri.
Aku banyak jugak belajar, tentang itu, tentang ini. Tapi mana yang elok, aku amik, jadikan ikhtibar untuk hari-hari mendatang, dan apa yang tak berapa elok, aku biarkan seperti air yang mengalir. Pergilah jejauh. Dan aku juga belajar supaya sentiasa mensejahterakan orang. Biarlah adakala kata-kata mereka annoy bila bercakap dengan kita or sebaliknya, biarlah diorang nak kata ikut suka, biarlah diorang buat apa-apa ngan kau, langkah yang kita kena amik, SABAR, ISTIGHFAR dan HUSNUZON. Yang penting ketika itu, yang tahu niat mereka-mereka adalah Allah SWT terhadap diri kita. Mungkin tu juga salah satu ujian daripada Allah SWT untuk kita menguatkan diri sendiri. Haa, perancangan yang sebaik-baiknya kan daripada Allah SWT? Tak gitu?
Banyak pulak aku rasa aku menaip entry comeback aku ni. Korang jangan nak cop aku ustajah pulak ye? Aku bukan niat nak mentarbiah atau bagi ceramah ke ape, aku saja nak kongsi benda benda yang aku rasa ok nak dikongsi ngan korang. So, apa yang baik dari Allah, yang tak baik tu mungkin dari diri aku sendiri. Maafkan saya sebab saya bukan da'í dan juga bukan mufti. kehkehkeh.
See yoo sooon!
Salam alaik!
Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
5 years ago
No comments:
Post a Comment