untuk kini
biar masa yang memberi
apa yang aku mahukan
apa yang aku perlukan
apa yang aku ingin melihat
dan apa sahaja yang aku inginkan
hati berdebar
aku tak pasti
rasa yang menghantui
penat
yang menanggung
penat
yang menyimpan
aku menjauh
dari punca segala rasa
aku menjauh
dari punca yang boleh menjentik hati
bukan aku membenci
bukan juga tak suka
tapi nak menjaga hati
menjaga hati sendiri
meski sunyi
meski sepi
aku perlu menjaga
hati yang sekeping
jangan salahkan
jika aku tak menyertai
aku tersepit
diantara hati hati
hati aku
hati mereka
kalau kamu
yang mana kamu dahulukan?
kamu sendiri atau mereka?
Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
5 years ago
1 comment:
Minta Allah berikan petunjuk. Walaupun hati sudah kata kita buat keranaNya tp kdg2 mgkin itu bisikan dari syaitan. Nauzubillah. Allah ada jawapanmu. InsyaAllah. Dia xkn pernah kecewakan mu.
Post a Comment