Bila namanya perempuan
Air mata memang tak mampu nak dipisahkan
Betapa Bijaknya Allah mencipta kita
Masa sebelum dicipta diambil dari rusuk kanan lelaki
Bila ada dipasangkan dengan lelaki dan dikawenkan
Aku perempuan
Mungkin nampak gagah
Tapi dalam halus sehalus halusnya
Mungkin nampak tabah
Tapi didalam seruntuh runtuhnya
Dan memerlukan seseorang untuk menemani
Sepanjang hidup selepas insan tercinta yang bernama ayah
Perasaan yang bernama perempuan memang sukar untuk dibaca
Tentang serabutnya
Tentang gerak gerinya
Tentang pemikirannya
Tentang hatinya
Tentang perasaannya
Tak siapa yang tahu walau insan itu perempuan jugak
Betul kata pepatah
Rambut hitam, tapi kalau tang hati tak semua sama
Adakala bila berbicara
Hati tak menjaga walaupun terlalu teruja
Untuk sekian kali, kita harus memahami
Untuk diri kita yang bernama perempuan
Bila Allah mendatangkan seseorang
Yang memang kita tak menjangka
Kemampuan insan itu terhadap diri kita
Kefahaman dia dalam membaca diri kita
Siapa kita untuk dia menerima
Tentang masa silam kita
Yang kalau kita pasti, tak siapa menerima
Tapi Allah masih sayang dengan kita
Dia mewujudkan insan sedemikian
Yang menerima kita apa adanya
Tapi cuma kita terlalu melampau membanding
Dan kita mula rasa tak bersyukur
Allah..
Menyesal tak sudah
Walau hilang sekejap
Mula mencari nilai syukur dikurnia sedemikian
Mula mencari pemberian Allah
Mula mencari diri yang separuh
Mula mencari segalanya
Jiwa meraung
Dengan segala rasa yang ada
Mata mengalir
Sederas deras air sungai yang mengalir
Hati menjerit
Sekuat kuat laungan jeritan
Ya Allah..
Jangan Kau hilangkan
PemberianMu itu
Jangan Kau jauhkan
PemberianMu itu
Jangan Kau ambil
PemberianMu itu
Aku tahu aku hamba yang kurang dari segala segi
Aku tahu aku hamba yang tak mengerti erti hargai
Aku tahu aku tak mulia
Tetapi aku nampak
Nampak jelas apa yang Kau beri
Dalam hidupku ini
Ampunkan aku Ya Tuhanku
Ampunkan aku..
Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
5 years ago
No comments:
Post a Comment