Assalamualaikum semua.
Hee, ari ni dah genap seminggu kita berpuasa..
Ramadhan yang ke-7..
Rasa rindu bertamu..
Kuat rasa tu, tapi menahan tanpa berbicara..
Hanya jari jemari yang laju menaip..
Diam tak diam dan masa berlalu..
Dah dua tahun tujuh hari..
Bukan sengaja nak menghitung tapi seakan mimpi..
Serasa macam baru je mengenali.
Pantasnya putaran alam yang Allah kendalikan..
Umur pun makin hampir meningkat..
Semoga mendapat apa yang diingini untuk tahun baru untuk aku..
Wah.. melankolik kan ayat?
Tapi yang menaip tangan dan yang mengarahkannya hati..
Ini semua kata daripada hati...
Untuk lelaki ajnabi yang dimuliakan Allah..
25hb ni genap dua bulan awak kat sana...
Doa saya supaya awak sentiasa berada dalam keredhaan dan hidayahNya..
Semoga dua tahun ini, banyak membantu awak dalam apa yang awak cari..
Setiap perjalanan yang kita lalui, mempunyai pelbagai cerita..
Pahit, manis, masam, masin semuanya ada..
Semoga apa yang sering kita keluarkan daripada mulut kita, itulah doa dan impian kita..
Semoga Allah memperkuatkan lagi rasa unik yang diberi..
Terima kasih untuk sepanjang pengenalan kita yang tak seberapa..
Biarpun awak tak sempurna seperti lelaki-lelaki lain yang semua perempuan inginkan,
Bagi saya, cukuplah awak melengkapi dan mempunyai pengetahuan asas tentang ilmu Allah..
Selebihnya, saya nak bersama-sama dengan awak menjalani dan mengenali segala ilmu Allah kelak..
Terima kasih Ya Allah..
Terima kasih awak..
Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
5 years ago
No comments:
Post a Comment