Ok, dah lepas entry pertama, aku baru teringat yang aku nak cerita pasal trip Sarawak aku yang aku gembar-gembur tu kan?
Ececeece.. ayat aku nak bajet.. (dalam hati korang mesti nak cakap, "eleh macam dia sorang je pergi Sarawak".)
Hahaha, dah tahu dah..
Aku bukan nak bajet-bajet ke ape, cuma rasa teruja dapat melihat negeri orang..
So far, sana best!
Cuma ade banyak cina..
Biasalah, tempat tu memang banyak cina...
Dari situ kita boleh tahu la macamana culture diorang.,
Aku pergi pun atas urusan keluarga..
Ada perkahwinan yang berlangsung..
Adat perkahwinan dia so simple..
Menunggu SEMUA jemputan, tunggu pengantin datang, ucapan-ucapan, berdoa, aktiviti sikit, pastu makan sama-sama semua, settle semua dah boleh balik..
So simple, dan menggunakan 3jam sahaja..
Kat sana aku tengok, nenek-nenek, makcik-makcik, anak-anak dara semuanya suka bling bling...
Seriously, kat sana kebanyakkan memakai tudung yang macam Radiusite tu..
Ade manik-manik uolss..
Tak kira tua atau muda..
Semuanya bergaya kalah kami ni..
Macam jakun sikit la.. Mana taknye, mommy i pun tak melaram macam tu..
Ada jugak suruh, tapi lebih pentingkan kata-kata mulut orang daripada kecantikkan diri sendiri..
Pada aku, aku lantakkan aje kata-kata orang dan mak kadang-kadang menurut..
Hello! ini I la, intan ok.. Mak i memang perempuan paling cantik dalam dunia.
Tiada tandingan ok! Begitu jugak kasih sayangnye.. Hikhikhik... *meroyan sat.
Hurm, seronok la..
Jalan-jalan kat Damai Beach..
Pergi bandar Kuching..
Lepak kat Waterfront sambil tengok orang karok-karok..
Membelah belah kat India Street..
Pergi VVIP restaurant kat Serapi.. Yang tak tahan siap karok live lagi uolss.. :)
Then pergi jenjalan kat umah anak-anak auntie..
Makan kat Khatulistiwa..
Hurmmm, overnight kat bandar Kuching..
And ade lagi.. Tak hingat.. :)
So far sungguh syok...
Fun la...
Korang kalau nak pergi, pergi je..
Ada peluang kan?
Aku ni masih bujang, leh la nak menjongket..
Hahahaa..
Pas ni another trip lagi..
Mungkin jauh sikit..
Alhamdulillah rezeki.. kita ikut je...
:)
P/s: Sorry guys, gambor-gambor banyak kat dalam tab.. Disebabkan tab takde tenet, tu yang payah bebenor.. so, entry ni bercerita tanpa gambor.. Korang imagine la tau.. Love ya!
Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
5 years ago
No comments:
Post a Comment