Hari ni runsing..
Datang ofis kalau boleh nak rasa best je, tapi sebaliknya..
Al-maklumlah, hal yang sama.
Bercerita tentang kerja yang dibuat..
Katanya bukan berkira, tapi yang cakap tu apa?
Beliau mengatakan yang beliau buat kerja sampai tak menang tangan..
Ye ke? Kalau tak abis-abis dengan bisnes beliau adalah..
Kerja beliau pun awal dengan akhir bulan..
Tu pun sibuk nak membebel bebel..
Boleh tak aku nak kategorikan, "Bajet Bagus"?
Sebab dia senior je..
Aku ni jenis yang tak suka marah..
Marah aku, aku pendam..
Ni aku tulis sebab aku tak mampu nak pendam.
Aku jadi bengang..
Dah solat pun rasa cam tak hilang kemarahan tu..
Bagi aku, kalau itu memang kerja kita, kita buatlah..
Jangan nak lihat pada yang tak pandai buat kerja..
Tu pun sama, belajar setinggi langit, kalau tak pandai nak aplikasikan pengalaman tu, buanglah degree ke laut..
Adoiyai! Dunia sekarang ni..
Orang memang tak tahu nak bersyukur..
Kalau boleh nak lagi, lagi, lagi sampailah duit tu tenggelamkan mereka..
Aku bercakap berdasarkan pemerhatian aku..
Ungkit gaji orang sana, ungkit gaji orang sini..
Kadang-kadang, aku pun macam tu..
Tapi bile ingat balik, takpe.. Allah tu Maha Adil..
Aku memang bengang..
Bengang tahap yang aku rasa memang aku patut luahkan.
Pastu, time breakfast tadi,
Cakap nak good-good je..
Saya itu, saya ini.. Dulu buat kene bace doc tender tu satu-satu..
Yeke kau baca satu-satu? *buat muka annoying
Adess.. tahulah kau lantun kat aku..
Takpe-takpe.. Aku diamkan aje..
Sebab aku bukan mulut pot pet pot pet..
Allah je tahu macamane perasaan aku.. Yes, Allah je tahu..
InshaaAllah, ade rezeki aku nak blah je dari sini..
Tak kisah la dah graduate or tak..
Kalau boleh sebelum graduate..
Malas nak kerja dengan kroni..
Diorang take advantage..
Tak kisah la sesiapa..
Kalau yang bukan kroni tu, janji diorang pandai bodek boss..
Boleh gila sebab stress je memanjang...
(away)
Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
5 years ago
No comments:
Post a Comment