my spirit

Thursday, March 7, 2013

Kerana Mereka....

Ok, lupakan tentang kesukaan di entry yang lepas..
Sekarang ni, aku mahu korang semua yang membaca blog aku berdoa agar negara kita berada di dalam keadaan yang aman...
Kadang-kadang aku tak faham kenapa perlu adanya perang?
Apa yang manusia itu akan dapat daripada cara kekerasan sedemikian?
Aku menulis bukan untuk menuding jari tetapi hanya aneh dengan situasi yang datang...

Sejak kedatangan PilihanRaya yang diwar-warkan, segalanya menjadi kelam kelibut..
Orang itu, orang ini...
Segalanya dipersalahkan..
Apabila berlakunya sedemikian, rakyat yang menjadi sasaran...
Dan segalanya menjadi tidak aman...

Memang la, pasti ada yang marah kalau aku kata ia berkaitan dengan politik negara..
Tapi hakikatnya, kalau bukan aku yang kata, ada jugak yang berkata..
Nak dijadikan contoh macam Facebook, laju je info yang datang..
Tuduh itu, tuduh ini..
Gambar orang tu, gambar orang ni?
Apa kejadah semua itu? habaq mai kat aku...
Ni yang macam nak emosi..
Tapi malas, watpe je nak emosi?

Untuk masa kini dan hari-hari seterusnya, perlulah kita memikirkan sesuatu untuk mencari damai yang hilang..
Sampai bila? Yang bergaduh, melayu dengan melayu..
Bangsa lain, duduk silang panggung pastu bertepuk tangan dengan meriahnya tengok bangsa Melayu bergaduh sesama sendiri..
Apakata dok semeja, berbincang, pikir sesuatu yang terbaik..
Kalau ade yang baca mesti berkata, 

"Cakap memang murah, mudah dan seangkatannya, buat tengok?"
Yes, itu memang aku tak nafikan, but cuba duk tenang dan berfikir sejenak..
Ape yang anda rasa?

Kepada Muslimin dan Muslimat, berdoalah untuk kesejahteraan negara kita..
Kalau kita masih berdiam diri dan tak pandai menggunakan akal, negara kita jugak akan jadi macam Palestin..
Bangsa-bangsa lain memang tunggu je..
Nak tahu tak? Kadang-kadang aku rasa aku bukan macam kat Malaysia..
Sebab terlalu banyak sangat pendatang asing yang diberi kerakyatan..
Yang masuk secara haram pun makin bertambah-tambah...
Ntah... Hurm bak kata dot dot dot...
1 Malaysia.... Semuanya satu la.. Tiada lagi keistimewaan....

Sekian luahan hati seorang rakyat Malaysia..


No comments:

Post a Comment