my spirit

Thursday, December 20, 2012

sobre el corazón...

Assalamualaikum wbt..

Memang senang kalau hanya berkata..
Memang senang kalau pandai bermain..
Tetapi dalam setiap apa yang kita buat dalam kehidupan ini, kalau tiada risiko bukan kehidupan namanya..

Sepetang bersama beliau, beliau meluahkan rasa..
Rasa yang membuatkan beliau tak keruan...
Tetap mempunyai rasa yang sama biarpun dah lama berlalu..
Susahkan kalau berkaitan jiwa?
Tetapi percayalah setiap yang berlaku ada hikmah..

(Situasi yang lebih kurang macam kat bawah ni)
Me: Kenapa? Ada apa-apa nak luah?
Dia: Hurm, nak meluah tapi tak tahu mana nak mula.
Me: Cerita je. Aku dengar.
Dia: Rasa yang masih tersimpan untuk orang yang lama.
Me: *pause* *berfikir* Kat sape? Kat si gadis A tu ke?
Dia: Ye. Ntah la. Tak tahu la camane.
Me: Masih lagi rupanya. Tertutup hati untuk orang lain ke?
Dia: *tersengih2* Macam gitulah ceritanya.
Me: *muka serius* Yang kat si gadis B ni suka ke tak?
Dia: *tersengih sumbing* 
Me: Aku serius, jawab soalan aku. *muka ketat*
Dia: Ye, suka. Aku nak buat dia macam si gadis A.

Ok.. Aku bukanlah seorang yang pandai berkata-kata..
Tetapi apa yang aku bagitahu adalah berdasarkan pengalaman aku..
Jalan kehidupan aku...
Tak salah mencuba.. Tak salah amik risiko..
Selagi kita tak mencuba kita takkan tahu...
Beliau takut dikecewakan..
Beliau takut ditolak.. Aku faham.. Semua tu aku faham..

Tetapi kalau beliau tak mencuba sampai bila beliau nak tahu?
Sampai bila beliau nak memendam perasaan?
Perasaan kecewa yang akan bertandang bila bunga yang dikehendaki dah dihinggap kumbang...
Sebab ape? Kita tak mencuba..
Macam tu jugak aku terangkan pada beliau...

Seseorang ade beritahu aku..
Kalau niat kita baik, Allah SWT pasti bantu...
So, aku pun sampaikan kat beliau macam tu...
Niat die baik, dia pasti akan terima berita yang baik..
Tetapi jika berita itu bertentangan, pasti Allah SWT tu dah merancang yang terbaik untuk beliau..
Yang penting usaha... 

Kalau seseorang itu mendekati kita hanya kerana benefit untuk dianya sahaja makanya dia tak ikhlas..
Kalau seseorang itu tetap dengan kita kerana kita adalah kita, dia adalah sahabat kita...
Pemilihan itu memerlukan risiko...
Kehidupan kita adalah perjudian..
Perjudian yang dibuat oleh kita sendiri..
Hanya kita yang mampu menilai baik dan buruk..
Jadi, aku sebagai sahabat hanya menyampaikan apa yang aku rasa aku patut sampaikan...
Maafkan aku andai ada yang salah...
Yang baik dari Allah SWT, yang kurang itu dari aku sendiri...



Thanks for reading.. :')

No comments:

Post a Comment