my spirit

Thursday, December 13, 2012

cómo hacer pavlova? :)

Disebabkan entry bawah tu pasal stress so aku nak ringankan stress aku tu dengan bercerita tentang memasak...

Sekarang ni aku suka sangat nak mencuba ape yang aku rasa nak cuba..
As long aku memang mempunyai keinginan..
Biarpun kadang-kadang aku kena marah dengan mummy, aku tetap degil la..
Hehehe.. Aku tak kisah takde sapa pun mamam aku punye masakan tu..
But so far, once I did, they will support with ate it..
Then gave me comment about it..
Hahaha..

Rasa nak ketawa pun ade...
Aku suka masak hidangan yang lebih kepada western...
Kenapa?
Hurm, entahlah rasa suka kot..
Sebab dia macam so shuweeet! *tetiba..
Hahaha...

Last beberapa weeks ago, aku buat pavlova..
Wah, kelas gitu kan? (^_^)
Actually, banyak kali aku tengok kakak classmate aku buat..
Daripada dia lah aku belajar!
Thanks Kak Niza! for teach me how to make pavlova!
Hehehehe...

So, korang mesti nak tahu kan camane buat die?
Its so easy man!
Jom aku pulak layarkan ilmu dapur yang berasap ni kat korang-korang luar sane...
Lets cekidaut! (^_-)

Alatan yang diperlukan (semua amik daripada Mr. Google):

 Mixer (1), Cawan (2), dan Spatula Sukatan (3) serta kertas minyak..

Bahan-bahan yang diperlukan (semua amik daripada Mr. Google):


* 4 biji telur bersaiz A (diambil putihnya SAHAJA)
* 1 cawan gula kastor (kalau manis just tak half cup pun boleh)
* 2 sudu besar tepung jagung
* 2 sudu kecil cuka
* 1 sudu kecil vanilla essence

Cara-caranya:

1. Dengan menggunakan mixer, masukkan 4 biji telur putih dan pukul hingga kembang.
2. Kemudian, setelah telur tu kembang, masukkan satu cawan atau half cup gula kastor dan pukul hingga sebati..
3. Biarkan ia kembang sehingga menjadi meringue. Meringue tu die kental dan takleh meleleh atau tumpah  even kite terbalikkan, goyang-goyang or sebagainya... :)
4. Bila dah jadi camtu, masukkan, tepung jagung, cuka dan vanilla essence. Sebatikan.
5. Semasa mixer tu pukul semua bahan-bahan tu, korang jangan lupe sediakan dulang bakar bulat, then potong kertas minyak dan letak atasnya and jangan lupe panaskan oven 180'C selama 10minit.
6. Pas siap adunan tu, punggah dia dalam dulang tu.. and cantik-cantikkan die sb nanti nak decorate senang...
7. Then, dah cantik-cantik, letak dalam oven macam kat bawah ni.. turunkan suhu 150'C dan bakar selama 1jam 20minit.
8. Dah masak dalam waktu yang ditetapkan, renggangkan sedikit pintu oven dan biarkan pavlova itu sejuk didalamnya dalam 15minit.


Sementara menunggu kita buat adunan untuk decorate pavlova:
Bahan-bahannye seperti dibawah! opss tapi jangan buat dalam keadaan yang marah ye.. hehehe..

 
Campurkan kesemuanya.. Satu kotak kecil whipping cream, satu cawan gula ising, dan satu sudu besar esen vanilla...

1. Pukulan hendaklah dilakukan diatas ais yang berisi dalam bekas dan bahan-bahan tu jugak didalam satu mangkuk yang lain..
2. Masukkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk dan sebatikan..
3. Pukul sehingga kental. Anggaran dalam 4-5minit sahaja.
4. Letak dalam frigde.
Then, after dah ready sume korang leh la hias pavlova korang.. Macam aku punye pavlova macam kat bawah ni... Wah.. Bile dah jadi die rasa macam boooom! Terbaik... 

Belah kiri kali kedua buat tanpa chef.. Jadi jugak.. Belah kanan itu buat dengan chef..
Alhamdulillah... Ok, ignore yang bawah tu ea? Tu just selingan..

So, korang boleh la mencuba k?
Selamat berjaya!

Thanks sebab datang singgah! :)

No comments:

Post a Comment