Alhamdulillah diberi lagi peluang untuk berada diatas muka bumi Allah dan menghirup udaraNya..
Perjalanan yang kita lalui tak semestinya lancar..
Adakala kite perlu bersiap sedia dengan apa yang akan berlaku sepanjang perjalan itu..
Adakalanya juga kite sendiri mampu tangani...
Dan adakalanya kita akan tersungkur dan menunggu pertolongan...
Sepanjang 23tahun aku melayari perjalanan ini banyak yang aku jadikan pedoman hidup..
Banyak perkara yang mematangkan aku dan ada sesetengah membuatkan aku alpa..
Hurm, ketika itu hanya mampu berserah pada Yang Esa...
Setiap pengalaman yang dilalui mengajar aku hidup berdikari..
Mengajar aku percaya terhadap takdir..
Kerana kita takkan mampu mencapai dongengan indah...
*pause*
Usaha itu tangga kejayaan..
Usaha menghijrahkan diri juga salah satu peperangan besar dalam diri..
Dan aku tetap berjuang untuk kearah itu...
Angin Muharram, angin untuk kitab amalan baru bagi umat Islam..
Memberi 1001 pengertian dalam diri umat Islam..
Tetapi mengertilah, tak semua antara antara mereka yang mengambil erti itu dan sematkan didada..
Dan aku salah seorang..
*facepalm*
Mendung berarak menjadi gelap...
Dari cerahnya cahaya terus boleh berubah tiba tiba..
Begitu jugak pemikiran manusia..
Dari bergelak ketawa menjadi murung tiba tiba..
Semuanya menjadi persoalan..
Hanya Allah yang mempunyai jawapan..
SubhanaAllah.. (T_T)
Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
5 years ago
No comments:
Post a Comment