my spirit

Wednesday, March 14, 2012

limited edition

Assalamualaikum wbt..

Apa yang dikatakan dengan limited edition? Sesuatu barang yang memang tiada galang gantinya dan hanya satu je didunia. Am I right? Hehehe. But today kite bukan nak cerita pasal barang, dan kita juga tak membandingkan ia dengan barang pun.

Limited Edition yang kita nak cakap ni adalah tentang sesorang. YeS!! Seseorang yang amat Limited Edition bagi kita.. Dia memang tiada galang gantinya. Taraf die seperti keluarga kita jugak yang sangat Limited Edition..

Ada tak orang-orang yang pernah kita kenal akan layan kita dengan perangai kita yang macam budak-budak? Yang rajin bertumbuk dengan kita? Yang layan kita bergaduh? bergurau? yang selalu kita lakukan aktiviti bersama dengan adik badik, dengan dia pun kita macam tu? ada tak?

Mungkin ade yang ade, ade la.. Tapi tak semua dapat jumpa orang yang sedemikian... Tapi kita rasa kita beruntung, tak banyak pun untung, just sikit je.. Alhamdulillah.. Ade seseorang yang macam tu kat sisi kita.. Kalau macam kengkawan bak laki or perempuan tu macam dah cliche, but ni "teman tapi mesra" kita la.. Pernah ade, tapi tak full package macam teman kita ni..

Bukan niat nak memuji, apatah lagi mengangkat yang lebih tinggi, dak aih. Buat ape puji-puji kalau hanya sekadar ingin mengambil hati, membodek dan sebagainya.. Kite tak macam tu.. Apa yang kita cakap itu lah yang kita rasa..

Limited edition ini sentiasa membuatkan kita rasa selesa, tak kekok, kita jadi macam kita.. Bukan selama ni kita tak jadi macam kita, tapi kelihatan agak awkward sedikit. Tapi gila-gila ni bukan semua tempat ataupun event leh tunjuk, kene jugak beradab.. :)

So nak dipendekkan cerita, Limited Edition yang kita sebut tu, Lullaby. Ntah rasa macam takde yang macam die, sometimes he makes me speechless with what he done and boleh la wat kita rasa tersentuh sebagai seorang wanita...



Tapi tu la..Kita tak mampu nak berharap sangat selagi ia belum menjadi hak kita yang sebenar..Semuanya tak mustahil.. Tapi andai itu yang berlaku, kita rasa kita mampu menerimanya sebagai Qada' dan Qadar dari Allah.. Bak kata kawan saya Si Kacak,"I dont wanna overacting.follows the flow.i feel better and upon my knees to the Greatest.HE is the best planner in my life.the worst become the best through redha and tawakal :"))"

Yes! kita sangat setuju dengan kata-kata awak Kacak. Everything in Allah hands. Kita just perlu berdoa dan bertawakal untuk memiliki apa yang diingini.. Takdir itu kita boleh ubah jikalau kita berusaha dengan doa dan tawakal. :) InsyaAllah segalanya pastu dipermudahkan.. :)

No comments:

Post a Comment