my spirit

Friday, September 9, 2011

e pepet & ѐ taling? Apa bezanya? :)

Assalamualaikum wbt..

Meet again di Syawal ke-11 kan? Pejam celik, pejam celik dah ke-11 hari nampaknya. Aduh malas menyelubungi diri, next week dah masuk study back. Adehh! Tak pasti samada masih mampu mengingati atau pun tidak time proses pembelajaran nanti. Tapi aku harap yang baik-baik sahaja untuk sem ni. Amin. Heheehe.

Memandangkan next week semua penghuni university dah nak kembali ke pangkal jalan, hari ni saya (dah masuk watak cikgu da ni =.=’ ) nak mengajar korang tentang subjek Bahasa Malaysia semasa kita sekolah rendah mahupun sekolah menengah dahulu. Agak-agak korang ingat tak apa yang akan saya nyatakan? Hahaha. Ok, hari ni saya nak menyentuh tentang pembunyiaan vocal E. Uolss sume perasan tak yang Vocal E ada dua jenis? Satu dipanggil e pepet, and lagi satu dipanggil ѐ taling. Mesti ramai yang lupakan tentang ni. Hehehe.



Inilah yang Cikgu Akmar nak terangkan pada anda sume yang memang banyak perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi maksud yang berbeza.


Contoh pertama:
Semak, sѐmak (ejaan yang sama * jika cikgu tidak meletak tanda pada e tu. Tetapi maksud yang berbeza)

Ayat pertama Setelah selesai ujian itu, kertas ujian akan disѐmak oleh guru-guru untuk diberikan markah. (jelas atau tidak maksud diatas? )

Ayat kedua – Kelihatan rumah tinggal itu tidak terurus dengan adanya semak samun di persekitaran halamannya. (jelaskan?)

Haa, itu la perbezaan yang ingin cikgu sampaikan pada entry kali ni. Kalau diikutkan banyak lagi perkataan-perkataan lain yang mempunyai ejaan yang sama tetapi maksud yang berbeza. Hope after this, uolls boleh la bezakan perkataan-perkataan macam perkataan yang cikgu bagi contoh.

Lagipun, cikgu buat entry ni sebab kawan cikgu , cik Hairunnisa mempertikaikan sebutan cikgu tentang Sѐntul. Cikgu menggunakan ѐ taling untuk perkataan itu, manakala kawan cikgu menggunakan e pepet untuk menyebut perkataan itu. :D. Tapi maksud kami adalah sama ok. Hehehe. Ok la. Kelas kite berhenti disini, cikgu nak bertukar pada yang asal di entry akan datang. Hehehe.


Hope, information ni korang leh paham walau presentationnya hancuss! =.=’


Gracias for read!

1 comment:

Anonymous said...

tebut bueut

Post a Comment