my spirit

Saturday, August 13, 2011

untuk orang jauh...

Taknak pandang pun takpe.
Taknak tegur pun takpe.
Taknak maafkan pun takpe, tapi bila saya takde kat dunia ni harap awak maafkan saya.
Maafkan saya atas apa yang saya tak sempat nak sempurnakan untuk awak.
Kalau awak nak tahu, saya insan biasa.
Bukan bersifat maksum.
Mungkin awak akan benci dengan kata-kata saya.
Tapi saya terimanya bagai saya menelan madu even terasa pahit lebih dari hempedu.

Awak boleh menunding apa sahaja pada saya.
Tapi saya tak sekejam itu nak menunding jari pada awak.
Sebab dalam hati masih tersimpan sikit perasaan kasih dan belas kasihan pada manusia.
Bukan diri saya jika ingin membenci orang.
Dan bukan saya ingin membuang orang dalam hidup jika orang itu sangat bermakna.
Kenapa saya tak beruntung mempunyai naseb seperti awak.
Ada orang yang masih menanti.
Ada orang yang masih setia ngn kasih yang satu.

Kalau disebut pasal pengorbanan memang tiada apa yang saya berikan.
Tapi memberi kekuatan untuk awak terus kuat di ketika dulu.
Tak niat mengungkit, tapi hanya mengenang yang betapa naifnya saya dengan sikap begitu.
Mengharap penghargaan tapi sebaliknya yang saya dapat.
Takpe, ujian daripada Allah yang menandakan Allah itu sayang saya.
Terima kasih Allah.

Entah mengapa, di sudut hati kecil saya yakin yang awak pasti berubah kepada sesuatu yang positif untuk saya.
Tapi ternyata tu hanya harapan yang tak mungkin berlaku.
Haih! Penat hati ingin mengeluh.
Penat hati ingin menangis.
Kekecewaan yang tersemat masih tersimpan rapi.

Maafkan saya.
Maafkan saya atas segalanya.
Andai memori umpama pendrive, dah lama saya delete awak dari memori saya.
Kerna bukan kekecewaan yang patut saya simpan untuk menjalani hidup-hidup seharian.
Sepatutnya kebahagiaan yang kene tersemat.
Mungkin ini takdirnya.
Saya terima.

1 comment:

deazin said...

aiyoo adik ku, nape ni sedey2, tak mao sedey2 okay, cheer up.. sedey2 nnt tak santek maa...

Post a Comment