my spirit

Monday, August 29, 2011

Ramadhan Terakhir...

Assalamualaikum wbt..

Akhirnya dah sampai ke penghujung ramadhan dan ini juga adalah ramadhan terakhir. Esok dah nak raya. Ermmm sebak pulak hati bila ramadhan mahu pergi.. Tak banyak ibadah yang dilakukan.. Ermmm semoga dapat la jumpe ramadhan yang akan datang dan membawa 1001 dalam hidup seperti ramadhan ini..

Pelbagai yang dilakukan untuk persiapan menyambut lebaran. Tapi tula, keseronokkan yang ada tak sama macam time kecik-kecik dulu... Lebeh-lebeh lagi banyak perkara yang berlaku dan membuatkan keadaan tu terasa berbeza.. Apa yang berlaku biarlah rahsia.. Hehehe.

Ermm dalam masa sekarang ni, mak sedang menyiapkan rendang, nasi impit dan kuah kacang di dapur.. Korang mesti anehkan nape aku tak join mak dan masih menaip-naip disini, aku ambil peluang ni sebab mungkin pasni banyak yang aku nak buat... Huhuhuhu... Bukan pemalas ea? :)..

Balik kampung subuh esok.. Ingatkan ingin menunggu ketibaan kakanda yang dari Miri, tapi diminta pulang dahulu dan balik segera untuk menyambut beliau.. Seronok bukan kepalang kerna raya tahun ni complete dengan adik beradik dan ditambah dengan kehadiran ahli keluarga baru, KakYang aku.. :).

Semoga lebaran ni memberi kenikmatan dan keberkatan daripada Allah.. Amin.. :).. Dan tak lupa doa untuk diri saya juga, agar kebahagiaan itu milik saya.. :).

gracias for read. :)

No comments:

Post a Comment