my spirit

Wednesday, August 10, 2011

prinsip hidup & tidak adil

Assalamualaikum wbt.

Selamat pagi semua.. Semoga pagi yang indah ni, dapat memberikan seribu rahmat..Pagi-pagi lagi dah diulit sayu dan sebak..Segalanya terurai ketika menghadap Allah dan meminta yang baik-baik aja untuk diri sendiri..Dan minta dijauhi dari perkara yang tak baik...Dari malam tadi terasa nak menulis-nulis dekat sini, tapi kengantokkan mengatasi segalanya..

Nak diluah, tak terluah rasanya. Kalao tak diluah, kecewa la nampaknye..Takut mengalir setiap titis-titis air hujan masin jap lagi..Sedih, kecewa, terluka semuanya bercampur baur..Prinsip yang selalu ditekankan ketika dulu aku tak pasti samada tetap teguh ataupun tidak didalam dirinya. Jelas sekali apa yang aku tahu hanya kata-kata yang keluar dari bibir saja dan tidak tekad dalam hati...

Penat nak merasa segala kesakitan. So exhausted to feel hurt feelings.Semoga Allah menguatkan lagi kekuatan diri dan keteguhan diri ini...Menunggu sesuatu yang bukan milik kita adalah membuang masa..Aku rasa dah lama aku membuang masa untuk itu...Tapi tiada siapa boleh menghalang kehendak hati...Hati yang menanggung..Orang lain takkan tahu apa yang ditanggung oleh seseorang yang mempunyai masalah...Diorang boleh berkata apa sahaja..Sok suci ke, Poyo ke, Gelabah ke..Itu mulut orang yang aku sendiri takkan dapat kawal..tapi aku menerima dengan keredhaan...

Untung seseorang itu jika die dicari semula oleh orang yang die sayang...Naseb aku tak seuntung itu..Orang yang aku sayang takkan muncul untuk aku sampai bila-bila...Tapi tu la...Perasaan yang ada sukar nak dikikis..Mungkin apa yang aku tulis kat status facebook tu betul..Aku mungkin boleh melupakan jika aku sendiri tak ingat siapa diri aku...Bukan aku meminta tapi andai itu takdirnya....

Aku tak tahu nape aku begitu setia dengan perasaan yang satu ni...Hampir 6 tahun menyimpan perasaan yang tak membawa erti bagi sesiapa tapi beerti pada aku seorang...Sekarang mungkin dia lebeh bersikap terbuka..Tapi aku rasa macam tak adil dengan apa yang aku dapat...Aku tahu aku bukan sesiapa untuk mempertikaikan dan aku..........hurmmmmmm...Nothing to say..Tersilap cakap pasti akan diserang....

Di setiap kali berdoa, aku meminta sedikit kekuatan untuk diri aku sendiri...Agar aku dpt mengatasi hari-hari yang mendatang...Sedikit sebanyak dosa-dosa lampau membuatkan aku sedar tentang akan diri ini..Tak semua akan ambil pengajaran, tapi aku mengambilnya sebagai iktibar...Manusia takkan lari dari membuat kesilapan...Dan aku sebahagiaan dari manusia itu...Alhamdulillah Allah menyedarkan aku...

Aku tak tahu sampai bila aku nak hidup dalam perasaan yang sama ini...Hanya pada Allah aku merujuk...memberi sedikit petunjuk untuk aku teruskan kehidupan ini...Tetapi adakah aku akan berjaya ?

No comments:

Post a Comment