my spirit

Friday, August 19, 2011

Harapan Ramadhan...

Assalamualaikum wbt.

Dah lama aku mendiamkan diri. Kalau entry aku yang lepas-lepas banyak cerita tentang perasaan, untuk kali ni aku keluar dari kepompong perasaan yang sedih. :). kekuatan demi kekuatan diberi oleh orang sekeliling and aku juga dah jumpe my dream guardian angel. Ermm maybe terlalu awal nak berkata dream aku tu menjadi kenyataan but, aku percaya dengan apa yang aku rasa disaat ini, di dalam bulan mulia ni..

Pejam celik, pejam celik, kita dah sampai ke Ramadhan yang ke-19.. Bagi aku cepatnye masa berlalu, begitu juga la usia kita dan kecanggihan dunia ni.. Haih! Dalam masa beberapa hari lagi, meningkatlah lagi satu umur aku, dan visi n misi aku nak mengejar apa impian aku tetap diteruskan. Biar lah orang nak kata apa, aku tetap dengan kehendak aku.

Dalam bulan yang mulia ni, aktiviti aku macam biada cume ditambah dengan aktiviti luar biasa sikit. Hidup nak kene kental beb. Dats y la kene cari aktiviti yang mencabar. Ermmm, aku juga berharap pada Ramadhan kali ni, biarlah berlaku perkara-perkara yang baik-baik sahaja untuk diri aku dan keluarga. Tekad ku untuk move, aku teruskan dan harap aku berjaya sampai ke puncak yang aku inginkan.

Bak kata orang tua-tua, "Buang yang keruh dan ambil la yang jernih". Tu yang aku sentiasa kuat. Dengan adanya kawan-kawan & penjaga untuk susah dan senang, lagi membuatkan aku berkobar-kobar untuk meningkatkan prestasi diri sendiri. Amin. Harap sangat untuk Ramadhan ini supaya diberi 1001 rahmat dari Allah.

Lagi seminggu lagi Ramadhan ini akan berakhir dan aku berasa sedih. Tapi takpe, harapnye untuk tahun yang akan datang, mintak dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan. Amin. So, sempena hari baik bulan baik baik Ramadhan Al-Mubarak mahupun Syawal, aku disini menyusun sepuluh jari untuk memohon kemaafan kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri aku yang memg dari dulu jahat, nakal, langsi,kuang ajar, dan sekutu dengannya. Harap korang ampunkan la dosa aku dan halalkan apa sahaja yang pernah aku makan, telan, melantak dan sebagainya. Sesungguhnya aku bukan la orang yang sempurna dan bersifat maksum seperti Nabi-nabi Allah, dan Rasul kita. Aku hanya insan biasa.



So, ampunkan tau. Terima kasih.





gracias for read! :)

No comments:

Post a Comment