my spirit

Thursday, July 21, 2011

tak sangka.....

Assalamualaikum wbt..

Entah mengapa hati ni gundah..
Mengetahui kebenaran yang aku sendiri cari..
Tapi, aku tiba-tiba berasa kecewa..
Masih keliru dengan perasaan sendiri...

Adakah masih menyimpan lagi?
Masih tidak berlalu?
Bertanya, bertanya dan bertanya lagi...

Pertemuan itu datang dari Allah..
Perasaan itu muncul, juga dari Allah...
Perpisahan yang berlaku kerana kuasa Allah...
Tapi kenapa kehadiran itu tetap dan tidak pergi?

Hadir dalam mimpi tanpa kata...
Hanya melihat dan melayan dengan dingin...
Aku dekat dia jauh..
Aku datang tapi seolah-olah aku tak wujud...
Motif mimpi?
Andai itu mainan tidur kenapa kerap mendatangi?

Aku pasrah..
Tapi aku tak sanggup menerima..
Memiliki seorang yang bukan dari satu agama..
Dengan agama yang berbeza...
Tidak juga sama bangsa...
Haih, hati merintih...
Entah kenapa pun tak tahu...
Mungkin bukan sebagai pilihan..

Janji-janji dilupakan...
Hanya kata-kata manis menjadi sejarah...
Penat hidup sebegini..
Bagai menanti batu menjadi roti..
Mungkin takkan berlaku...

Bibir mengukir senyuman pahit..
Sepahit hempedu, mungkin lebih daripada hempedu...
Terlintas difikiran ingin mengadu..
Tapi pada siapa?
Pada yang tertua dan terhormat bagiku..
Kasih sayang yang tak pernah nak luntur..
Walaupun bertahun-tahun ditinggalkan..
Masih ingat dengan layanan itu..
Itu yang menguatkan ukhwah..

Biarpun tiada balasan,
Tapi penerima pasti membaca...
Tak kira apa yang mahu penerima fikirkan..
Biarlah dia mengetahui..
Betapa terguris hati walau tak sehebat dulu...

Dalam hati masih bersyukur kerna masih mampu mengetahui...
Alhamdulillah..
Semoga anda berbahagia...
Dengan sesiapa saja pilihan hati...
Itu doaku...




gracias for read!

2 comments:

Anonymous said...

sape?akmar ke si die?pe y da blaku?

its me..=)

akmar mia said...

ermmm takde pape...
biarlah rahsia..

Post a Comment