my spirit

Thursday, May 5, 2011

dr. love?

Dr.love?

Layakkah gelaran itu diberikan kepada aku?
Sesuatu yang dinyatakan pada seseorang yang tengah ada masalah cinta itu pastinya orang itu akan digelar Dr. Love. Begitu juga aku. Bukan nak meninggi diri atau apa-apa sekalipun tapi hanya sebagai penulisan peribadi yang mahu dikongsikan.

Aku sering di dengarkan dengan cerita cinta yang tiada pengakhiran. Kadang-kadang kisah itu berbaur duka, dan adakala berbaur suka. So, aku hanya mendengar dan memberi ulasan pada setiap akhir cerita. Tetapi, ada yang mendengar pasti akan mengikut setiap nasihat yang diberi dan kebanyakkannya aku hanya akan cakap, "Semua itu dari dalam diri masing-masing. Aku hanya sokong apa saja keputusan yang korang lakukan."

Aku bukan meminta mereka mengikut dengan apa yang aku katakan, tapi aku bercakap melalui pengalaman yang berlaku pada diri sendiri dan di depan mata aku. Tak mustahil ia akan berlaku pada setiap individu di dunia ini. Hahaha, aku sendiri tergelak dengan apa yang aku taip. Kelakar lak asenye. Hadoi!.



Tapi, aku lakukan ini, mendengar segala rintihan mereka, tangisan mereka, luahan mereka kerana aku ingin menjadi kawan, sahabat, dan seseorang yang sentiasa ada si waktu susah dan senang. Itulah yang aku buat untuk menjadi apa yang terbaik utk mereka.

Huhuhu. Even cerita cinta aku sendiri tak lah sehebat mane, tapi aku tak kisah berkongsi rasa dengan orang-orang yang aku rasa boleh dikongsi. Macam aku juga ada Dr.Love tersendiri. Huhuhu. Banyak sebenarnye. Adalah 4 orang. Pelikkan?jadi Dr.Love kat orang tapi diri sendiri hampeh. Tapi bagi aku biase je kot. Selalunya pasti akan berlaku pada semua orang.

Sampai kadang-kadang, even bf/gf kite pun tak leh nak jadi Dr. Love kita. Tul tak?Tul kan?Huhuhu.

Okla, mengarut,mengarut, mengarut panjang lak aku tulis. So pape pun kita enjoy! Hehehe.

to u guys kat luar sana tu, gracias for read!
:)

2 comments:

Anonymous said...

berkongsi dari pengalaman kite bagus jugak.
sekurang-kurangnye org lain tau yg bkn die je ade masalah.
drpd pengalaman org and diri kite, harap dapat ubah ape yg patot ubah.

-ladyana-

Akmar said...

:).
tahu takpe. mybe dari situ kite leh dapat pengajaran yang sepatutnya kita tahu. even kita tak menempuh. dan dari situ juga boleh membuatkan kita bersedia dengan apa saja kemungkinan yang datang dari segi mental dan fizikal.

Post a Comment