melangkah, melangkah dan melangkah.
tapi hanya angin yang kurasakan.
ketenangan itu hanya datang sekejap.
tanpa menghilangkan rasa debaran di dada.
debaran rindu yang tiada penghujungnya.
aku berlari, berlari dan mencari.
tapi tiada yang kudapati.
hanya bisikan suara aneh yang kedengaran.
mengejek-ejek larian dan carian ku yang tiada makna.
aku berteleku, terduduk di situ.
tunduk sambil menangis.
mengapa? mengapa sukar ku gapai sesuatu yang kuinginkan?
adalah kerana takdir ku?
adalah kerana usaha ku yang tidak cukup?
sambil teresak-esak, aku tersedar.
Allah menjanjikan sesuatu yang indah selepas kesusahan.
aku hamba-Nya hanya perlu kuat untuk melalui dugaan yang di beri.
untuk menguji samada imanku kuat, dan taqwaku teguh kepada-Nya.
lalu, aku bangkit.
bangkit dengan semangat yang tinggi.
untuk melalui onak duri dan segala dugaan.
biarpun sukar, aku pasti bahagia itu akan menanti.
ye. bahagia itu akan menanti.
Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
5 years ago
4 comments:
yakin dgn ALLAH...
bukan stakat dibibir, tp dihati...
insyaallah, dia akan bantu...
kita doa je semoga ALLAH beri yg terbaik, dan kita masuk kedalam Konsep Redha.
Bila dah memasuki konsep Redha, kita tak payah nak komplen apa. just terima,terima,terima.
Dan jgn mntk yg bukan2 konon itu yang terbaik utk kita tp kita sendiri pon tataw apa yg terbaik utk kita...
sekadar mencelah... Maaf...
ye HAMBA DAIF..
memg benar ape yang anda katakan.
hehehe.
thanks memberi lebih semangat pada insan yang mcm sy.
semoga ape yang saya ingin kan Allah makbulkan.
memg kite hanya merancang, hanya Allah yang tentukan..
:)
apa2 pon... solat jgn tggl.
doa mntk beri yg terbaik.
insyaallah..
baik HAMBA DAIF.
thanks sb memberi nasihat.
:)
Post a Comment