kesian. tu je aku nak cakap.
kesian pada kami yang kecik-kecik yang makan gaji ini.
kesian pada budak budak yang pergi kursus atas urusan keje tapi tak dapat penebusan untuk wang yang mereka sendiri.
kesian, kesian atas kekejaman secara halus oleh majikan yang semua kelihatan 'pandai' belaka.
Allahuakhbar.
tu ja yang aku ingin sampaikan.
kalau dah nama atas urusan syarikat, tanggungjawab adalah dari syarikat.
tapi entah. mungkin atas alasan syarikat sengkek? syarikat ada masalah?
nak persetankan tapi yang menanggung kami.
nak biarkan yang menanggung kami.
tapi siapakah yang nak dengarkan suara hati orang orang kecik seperti kami?
sentiasa dipijak pijak oleh kaki kuku besi.
sentiasa dihamun hamun akibat tak mengikut perintah.
mereka yang sentiasa meninggi diri.
mereka yang sombong.
mereka yang bermegah dan memandang orang kecik yang tiada hati dan perasaan.
mereka lupa.
lupa yang memberi hanyalah Dia.
Dia minta berkongsi apa yang Dia berikan kepada mereka yang lain.
Tetapi, mereka tetap lupa dan memperlekehkan manusia yang lain.
Entahlah.
Bilalah aku perlu berhenti dari melihat semua ini.
Aku minta, kelak jika diberi peluang menjadi orang seperti mereka, aku tak lupa kepada Pemberi Nikmat yang satu dan berkongsi dengan mereka yang lain.
Semoga perjalanan aku berada dalam lindunganNya dan kearah yang betul.
Salam alaik.
Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
5 years ago
No comments:
Post a Comment