Dari hujung sini ke hujung belah sana
Aku memandu tanpa arah tuju
Biarpun dipermulaan ada arah
Arah terputus dek amarah
Diri meraung
Diri memekik
Diri menangis
Diri merintih
Ternyata aku seorang
Melawan pelbagai perasaan
Mencari pada siapa ingin ku ngadu selain Tuhan
Hujan dibahkan di bibir mata
Mengalir deras tanpa kata
Tangan mengcengkam kuat sang dada
Menarik mengharap hilangnya rasa
Aku mengiring ke kanan
Aku mengiring ke kiri
Pada siapa ingin ku layarkan kepala untuk bersandar?
Bahu siapa yang ada ketika aku terdampar lemah?
Tangan siapa ingin kugapai untuk selamat?
Jari siapa untuk ku gengam melepaskan derita?
Dan tubuh siapa inginku peluk mencurahkan rasa?
Amarah tetap di dalam hati
Dan lemah bagai nak mati
Serahkan segala rasa pada Allah
Dan bersyukur pada nikmat yang diberi
Serta tetap bersyukur diberi peluang untuk merasa rasa hati
Aku pergi
Pergi dengan senyum dibibir, hati yang rugi
Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
5 years ago
No comments:
Post a Comment