my spirit

Monday, July 25, 2011

maxima..

Assalamualaikum wbt.

Hati membara..
Manandakan tahap kesabaran hampir sampai ke penghujungnya..
Tapi masih lagi boleh berbaik, bersabar..
Kata-kata yang bombastik dikeluarkan tanpa mempedulikan perasaan orang lain..
Kejam kan?
Ye, memang kejam..
Dengan orang tua lagi meninggi suara, riak, takbur, bercakap besar..
Hanya nampak kesalahan orang lain..
Lagian pandai berkata-kata sok orang alim!

Mahu persetankan, hati tak tertahan..
Bengang menguasai diri..
Tapi dengan segera mencetak bahan bukti..
Untuk menilai siapa yang tak berhati...
Hai manusia, tak kira ilmu tinggi didada atau ilmu serendah tanah,
Tak perlu la mahu mendabik dada...

Tak perlulah menunjuk besar kepala...
Walau tanah haram dah dijejak, jangan ingat diri tu berkuasa..
Allah Maha Esa,
Allah Maha Memerhati..
Walaupun sealiran darah, sesama usia..
Tak berhak nak dihakimi...
Lihat pada diri...
Sesempurnakah kau di mata Allah?
Muliakah kau disisi Allah?
Tak siapa yang tahu...
Hanya Allah yang tahu...

Jangan terlalu membenci..
Kelak diri kau sendiri yang rugi...
Ibarat roda yang berputar..
Orang yang dibenci itulah yang akan memberikan bantuan...
Yang memberikan perhatian..
Ingatlah...
Jangan hanya pandai berkata-kata, tetapi tak tahu mana asal usulnya..

Rezeki kita dari Allah..
Bukan dari tangan manusia...
Manusia hanya menggali dan mencari...
Pemberian itu dari Yang Esa...

Sekali ditarik, baru kau tersedar..
Bahawa langit itu tinggi atau rendah..
Baru kau mampu beza hujan batu ataupun hujan emas...
Baru kau dapat beza, rumput dan tanah...

Sedarlah....

credit to Akal Pemberian Tuhan.

No comments:

Post a Comment