my spirit

Thursday, March 24, 2011

berak berdarah?OMG!

assalamualaikum..


Ari ni entry aku berkisar tentang kesihatan sedikit.Ermm memang agak gelimat sikit tajuk entry aku ari ni..Huhu.Tapi aku saje mahu sharing information dengan korang semua.

Bila berak berdarah pasti orang akan suspek ia adalah permulaan untuk penyakit buasir. Yeke? Korang rasa cmane? Ce cite, ce cite.. :).. Tapi aku rasa information tu mungkin benar mungkin tidak. Sebab kadangkala, bila kita kekurangan air, kita akan sulit untuk proses penyahtinjaan. Kenapa? Sebabnya, bila kita tak banyak minum air, badan kita akan kekurangan air dan menyebabkan sistem dalam badan akan terjejas sedikit. Ini adalah apa yang aku fikirkan secara logik.Hehehe. Ermm so, proses penyahtinjaan pun sulit nak berlaku dan menyebabkan sembelit dan boleh mendatangkan buasir.

Korang ade pengalaman tak berak berdarah?Sorry if soalan aku ni cam jijik sikit but just to know some experience from u all sume and a part from my research (even aku takde kena mengena dalam bidang medic).(^_^).Ermm kalo aku, secara peribadinya yes. Aku pernah lalui. Nak dikatakan kerap la. Ngadu kat ayah mak, mereka kata badan aku panas dalam agaknye, kurang minum air, or adalah lagi sebabnya.

So, aku membuat kajian dan mengexplore la pasal berak berdarah ni. Daripada sumber yang aku dapat (dari google), berak berdarah ni bermula apabila pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar,ia menganggu perjalanan penghadaman dan membuatkan di persekitaran membram itu membengkak, terasa perit, pedih dan gatal dan itu penyebab dubur kita berdarah.



Selain itu juga, ia disebabkan tekanan darah yang tinggi di bahagian rektum dan menyebabkan dinding vena darah terenggang dan kadang-kadang ia boleh pecah ketika kita sedang meneran.

Nama lain bagi berak berdarah ni juga boleh dikenali sebagai buasir. Tapi mungkin ia buasir kecil. Dan buasir ni ada 2 jenis:

Buasir Dalaman
Buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir Luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya

Penyebab utama dapat penyakit ni:

first- sebab kita selalu duduk
second- cirit birit
third- meneran ketika sembelit
fourth- bersalin
fifth- mengangkat berat

So untuk mencegahnye, kurang kenalah kurang-kurangkan aktiviti diatas. Kalau kerja anda tu selalu duduk, anda hanya perlu berjalan 5 atau 10 minit. Bila meneran or angkat benda yang berat-berat, anda jgn tahan nafas, hembuskan nafas. Dan jangan pula biasakan diri, berehat-rehat santai sambil membaca akhbar dalam tandas. Itu pun salah satu daripada penyebabnya.


Aku harap, informasi yang aku bagi ni adalah serba sedikit memberi pengetahuan kepada korang-korang yang membaca tau.


gracias for read this. =)

No comments:

Post a Comment