my spirit

Showing posts with label syukur. Show all posts
Showing posts with label syukur. Show all posts

Friday, January 20, 2012

belajar dari taufan, angin, hujan, pelangi dan mentari.

Hurm, apabila mempunyai seseorang yang betul-betul menghargai, hilang segala penat kesakitan untuk seketika dahulu. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Benar kata sahabat kite, "Allah datangkan taufan kuat, setelah kita mampu menangani masalah itu, baru die turunkan hujan serta pelangi dan sinar mentari yang cantik untuk kita". Syukran..



Pelangi yang hadir kali ini, pelangi terindah yang pernah kite rasa, kite dapat. Bukan kita hendak memuji melambung-lambung tentang pelangi itu, tapi kite bersyukur adanya pelangi yang kite sendiri tak pernah rasa kehadirannya bakal menjadikan kite lebih kuat dan tabah dalam segala hal. Kite tahu, kite tak boleh mengharapkan apa-apa selagi itu bukan milik kita, tapi rasa itu Allah dan bagi dulu untuk kite merasa.



Dengan keadaan berangin yang berubah-rubah, pelangi itu tetap berselindung seketika disebalik awan yang gelap itu. Selesai berangin turun pulak hujan yang lebat untuk meluahkan segala isi hati yang terpendam, pemikiran yang tak tentu hala dan rasa yang tak keruan. Tapi beruntungnya kite, disebalik hujan yang lebat itu terbiasnya tujuh warna yang ajaib iaitu pelangi yang menemani kita dikala hujan dan cahaya mentari mula timbul. Berhentilah hujan, dan tujuh warna ajaib itu semakin jelas kelihatan. Alhamdulillah nikmat Allah.



Sejak dari itu, pelangi pasti ada untuk memastikan hujan berhenti menangis. Angin pulak tidaklah sekuat taufan, yang hanya sepoi-sepoi sahaja. Pelangi menenangkan jiwa, mencantikkan pandangan untuk kite yang hidup didunia. Tapi apabila hilangnya pelangi, pelangi ditempat lain, hujan turun tanpa henti, tapi hujan mencuba untuk terus bertahan dengan sinar yang ada. Memcuba untuk belajar bersabar, belajar jadi kuat, belajar berdikari untuk masa-masa yang memang dia amat perlukan nanti. InsyaAllah.

Kite takkan menyangka adanya nikmat sedemikian daripada Allah SWT.. Hanya yang dapat merasa mampu merasa. Hanya yang boleh menghargai, dapat jugak merasa.. InsyaAllah, semua pasti dapat merasa nikmat Allah SWT. Amin.

gracias for read! :)

Friday, June 17, 2011

Terima Kasih YA ALLAH! :)

Assalamualaikum..

Syukur ke hadrat Illahi atas pemberian rezeki dan kesihatan untuk terus mara menghirup udara di atas dunia yang fana ni...

Pagi-pagi lagi, aku berdebar..Ada dua perkara yang membuat jantung aku takkan henti berdegup dengan lajunya..

Perkara yang pertama, mengetahui keputusan peperiksaan untuk sem yang lepas..Membuatkan aku tak senang duduk...

Perkara yang kedua, memberitahu kedua ibubapaku tentang trip yang diinvite oleh Nurul..
Kedua-duanya membuatkan aku sangat berdebar-debar...

Tapi debaran yang pertama, aku lalui dengan baik..Alhamdulillah..Itulah kalimah pertama dikala aku membuka email yang dihantar oleh pihak universiti..Apa yang ku target dapat even tak banyak ia melangkaui target aku..Alhamdulillah...Aku bersyukur..Terima kasih Ya Allah atas rahmat yang Kau berikan padaku...

Ini semua berkat kedua orang tuaku yang banyak mendoakan untuk aku dan kejayaanku..Terima kasih mak, ayah sebab doakan uda... :')..

Ingin menitis airmata ini...Dan mempunyai semangat yang kuat untuk mendapatkan lagi terbaik untuk sem akan datang...Amin...Tahniah diucapkan pada rakan-rakan seperjuangan yang lain atas kejayaan korang...Next sem kita cube yang lagi terbaik k! :)

Okla..jap2 lagi kalau ade idea mahu update..
:)

gracias to read! :)