my spirit

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

cómo hacer pavlova? :)

Disebabkan entry bawah tu pasal stress so aku nak ringankan stress aku tu dengan bercerita tentang memasak...

Sekarang ni aku suka sangat nak mencuba ape yang aku rasa nak cuba..
As long aku memang mempunyai keinginan..
Biarpun kadang-kadang aku kena marah dengan mummy, aku tetap degil la..
Hehehe.. Aku tak kisah takde sapa pun mamam aku punye masakan tu..
But so far, once I did, they will support with ate it..
Then gave me comment about it..
Hahaha..

Rasa nak ketawa pun ade...
Aku suka masak hidangan yang lebih kepada western...
Kenapa?
Hurm, entahlah rasa suka kot..
Sebab dia macam so shuweeet! *tetiba..
Hahaha...

Last beberapa weeks ago, aku buat pavlova..
Wah, kelas gitu kan? (^_^)
Actually, banyak kali aku tengok kakak classmate aku buat..
Daripada dia lah aku belajar!
Thanks Kak Niza! for teach me how to make pavlova!
Hehehehe...

So, korang mesti nak tahu kan camane buat die?
Its so easy man!
Jom aku pulak layarkan ilmu dapur yang berasap ni kat korang-korang luar sane...
Lets cekidaut! (^_-)

Alatan yang diperlukan (semua amik daripada Mr. Google):

 Mixer (1), Cawan (2), dan Spatula Sukatan (3) serta kertas minyak..

Bahan-bahan yang diperlukan (semua amik daripada Mr. Google):


* 4 biji telur bersaiz A (diambil putihnya SAHAJA)
* 1 cawan gula kastor (kalau manis just tak half cup pun boleh)
* 2 sudu besar tepung jagung
* 2 sudu kecil cuka
* 1 sudu kecil vanilla essence

Cara-caranya:

1. Dengan menggunakan mixer, masukkan 4 biji telur putih dan pukul hingga kembang.
2. Kemudian, setelah telur tu kembang, masukkan satu cawan atau half cup gula kastor dan pukul hingga sebati..
3. Biarkan ia kembang sehingga menjadi meringue. Meringue tu die kental dan takleh meleleh atau tumpah  even kite terbalikkan, goyang-goyang or sebagainya... :)
4. Bila dah jadi camtu, masukkan, tepung jagung, cuka dan vanilla essence. Sebatikan.
5. Semasa mixer tu pukul semua bahan-bahan tu, korang jangan lupe sediakan dulang bakar bulat, then potong kertas minyak dan letak atasnya and jangan lupe panaskan oven 180'C selama 10minit.
6. Pas siap adunan tu, punggah dia dalam dulang tu.. and cantik-cantikkan die sb nanti nak decorate senang...
7. Then, dah cantik-cantik, letak dalam oven macam kat bawah ni.. turunkan suhu 150'C dan bakar selama 1jam 20minit.
8. Dah masak dalam waktu yang ditetapkan, renggangkan sedikit pintu oven dan biarkan pavlova itu sejuk didalamnya dalam 15minit.


Sementara menunggu kita buat adunan untuk decorate pavlova:
Bahan-bahannye seperti dibawah! opss tapi jangan buat dalam keadaan yang marah ye.. hehehe..

 
Campurkan kesemuanya.. Satu kotak kecil whipping cream, satu cawan gula ising, dan satu sudu besar esen vanilla...

1. Pukulan hendaklah dilakukan diatas ais yang berisi dalam bekas dan bahan-bahan tu jugak didalam satu mangkuk yang lain..
2. Masukkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk dan sebatikan..
3. Pukul sehingga kental. Anggaran dalam 4-5minit sahaja.
4. Letak dalam frigde.
Then, after dah ready sume korang leh la hias pavlova korang.. Macam aku punye pavlova macam kat bawah ni... Wah.. Bile dah jadi die rasa macam boooom! Terbaik... 

Belah kiri kali kedua buat tanpa chef.. Jadi jugak.. Belah kanan itu buat dengan chef..
Alhamdulillah... Ok, ignore yang bawah tu ea? Tu just selingan..

So, korang boleh la mencuba k?
Selamat berjaya!

Thanks sebab datang singgah! :)

Tuesday, August 23, 2011

donut! ouh donut!

Hye sume!

Ok, tengok title entry aku..
Pasal makanan pulak petang-petang ni..
Ermm my favourite kuih but bile aku yang buat ia tak jadi favourite aku..
Kurengg sikit ouh.. Serius.. Mummy aku pun cakap camtu..

Resepi nak wat donut ni sempoi..
Secret recipe dari mummy aku la..

Bahan-bahan
Tepung gandum
Yis
Butter
Garam
Gula
Telur (tp time ni aku tak taruh telur)

Cara-cara
Masukkan tepung dalam mangkuk besar, kemudian masukkan butter. After that, yis dicampur dengan garam dan gula dan sedikit air. Bila dah sebati dan yis tu jadi kembang, campur kat adunan tepung ngan butter tadi.. Gaul sampai sebati dan uli dengan seuli-ulinya.. Uli tu mummy kate nak bagi donut tu jadi lebeh lembut. And if korang nak lembut lagi, tambah satu biji telur tu.. Ermmm memang perggghhh.. Mesti lembut.. Yang penting dalam step ni adalah time menguli tepung tu.. Mesti kene uli dengan lemah lembut bagi die cantik je..Dah cantik doh tu, korang terap la dengan acuan donut. And sementara tu, sila la panaskan minyak kat atas dapur. Then leh la goreng..

Korang nak tgok hasil aku? Tapi aku tak uli dengan baik..So rasa die pun tak lembut sangat..

Hasil dari ulian aku..


* tunggu untuk digoreng..


*dalam periuk dan hampir masak.. itam sikit..
p/s: minyak jgn terlalu panas. Nanti jadi macam kat atas ni.. heheehe..


Selepas dah setel kan, korang kene blend gula.. Then golekkan donut tu ngn gula..Aku panggil donut aku Snowy donut.. Huhuu...Sebab aku buh banyak-banyak gula tu...

Time tu, dalam keras-keras sikit donut aku, habis jugak. Alhamdulillah. So sape-sape yang baru nak belajar donut tu leh la amek resepi aku ni tau. Selamat mencuba.

gracias for read! :)

Monday, August 1, 2011

Nampak macam Kentang Putar ke..?

Assalamualaikum..

Hye guys..Lame dah kan tak menggunakan bahasa yang rempit-rempit..huhuhu..Takde lah, time guna bahasa pujangga tu, hati tak berapa nak tenteram..So aku rasa dengan cara tu je yang mampu untuk aku luahkan apa yang terbuku dalam hati aku ni...Aku orang biasa, nak cakap berterus pun masih tahu mana hormatnya, mana adabnye..huhuhu..

Opss!sory, termelalut la pulak..huhu..takde la..Aku nak show something that i make..Ari tu tak hengat la bila, aku teringin nak makan kentang putar @ smashed potato yang macam KFC tu tau..Kebetulan time tu aku puasa, so dengan semangatnya, aku mencari resepi dan terjumpa lah kat sini..Terima kasih MYRESEPI memberikan ilham untuk menjadi seorang perempuan yang tahu nak ke dapur..*nampak sangat jarang ke dapur, ye dok?

So, dengan bahan-bahan yang dibeli di kedai mamak kat bawah umah, aku dengan semangat yang jitu memulakan operasi di Masterchef Kitchen..Cewah, nama nak top-top je..Ye dok?huhuhu..Master tak master tapi mummy aku memang Master segala masakan..Serius..huhuhu...

Bahan-bahan yang diperlukan :-

5 biji ubi kentang (yang sederhana besar)
1/2 butter yang bersegi empat..
1/2 cawan tepung jagung yang dibancuh
1 kiub ayam
1 1/2 cawan air

Cara- cara

Untuk kentang, bersih dan haruslah direbus dahulu sehingga betul-betul lembut dan empuk. Kemudian, setelah toskan airnya, lenyek kentang tersebut dalam keadaan yang panas-panas, bulat-bulatkan dan ketepikan..

Untuk kuah pula atau dipanggil gravy, cairkan mentega atas api yang sederhana, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau.Bila agak perang sikit, masukkan air dan kiub ayam. Kacau kuah hingga mendidih dan pekat. And siap! Boleh dihidang..

Korang nak tengok tak camane rupa dia?Huhuhu..memang sangat tak menarik tapi sedap lah jugak..aku buat banyak ni je sebab nak try-try je kan..Berkongsilah aku, ayah, angah, and ucu..Feedback die, bolehlah tapi komplennye pun ade jugak..Huhuhuhu..


*ni la rupanya..memang tak semenggah..tp rasa dia boleh tahan la..huhuu..sebab ni adalah percubaan pertama..pasni insyaAllah ok..