my spirit

Showing posts with label berangan with love... Show all posts
Showing posts with label berangan with love... Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

Si Pencuri Manggis Part III

Korang semua ingat tak cerpen kite yang "Si Pencuri Manggis Part I & Part II" tu? Kalau tak ingat klik kat Part I and Part II tu untuk review.. :)
Now, ni kite rasa lama dah tinggalkan cerpen tu. So nak la nyambung Part III.. Hope enjoy read ea? :)

Seminggu telah pun berlalu..Selepas pemergian Nur, Arif menjadi seorang yang pendiam dan tidak banyak bergaul dengan kanak-kanak lain..
Kehilangan Nur seperti membawa sebahagian dari jiwa Arif turut dibawa bersama... Airmata tiba-tiba mengalir sendiri dan membuatkan Arif mengingati kembali saat-saat bersama Nur sewaktu Nur masih lagi menetap di kampung itu...

Hari berganti hari, musim berganti musim, tahun berganti tahun...Akhirnya Arif yang dulunya budk comel dan manja menjadi seorang yang berani, tampan dan gagah..Ingatannya tentang Nur tak pernah hilang..Di sudut kecil hatinya, dia ingin mencari Nur dimana Nur telah menetap..

Takdir Allah itu, tiada siapa yang tahu... Jodoh pertemuan segalanya terletak ditangan Yang Esa dan hanya doa dan tawakal yang Arif amalkan untuk mencari kembali cinta hatinya semasa kecil...

Di Kuala Lumpur...

"Mak, Nur nak pergi kolej ni..",sambil mencapai dan menyalami ibunya.. Gambar bersama Arif tetap disimpan didalam buku diarinya.. Nur jugak seperti Arif, mempunyai hasrat yang sama.. Biarpun berbelas-belas tahun sudah berlalu, Nur tetap mengingati budak lelaki manja, teman sepermainannya dikampung yang bernama Arif Ruslee..

Tersenyum terukir dibibir Nur, mengingati kenangan zaman kecil-kecilnya dulu.. Masih terbayang-bayang comotnya lumpur di muka comel Arif.. Biarpun bertahun-tahun berlalu, masih kuat memori yang tersimpan untuk budak kecil seperti Nur yang kini telah meningkat dewasa...

Nur seperti gadis-gadis lain.. Yang mempunyai perasaan kasih terhadap insan yang bernama Arif.. Biarpun kenangan itu sudah lama berlalu, tetapi Nur masih memegang janji yang ditemeterai antara mereka... Hebat kasih sayang antara mereka...

Bila sudah dewasa, ramai la kumbang dan juga bunga mencuba untuk melekat pada mereka berdua, tetapi mereka tetap dengan apa yang mereka dirikan suatu ketika dahulu..

Di kolej, Nur sering dikacau oleh seorang pemuda yang dikenali sebagai Zuan.. Zuan adalah seorang anak hartawan yang ternama dan boleh dikatakan sangat popular di kolej tempat Nur menuntut... Boleh dikatakan, semua gadis-gadis yang cantik di kolej itu semuanya pernah menjadi teman istimewa Zuan.. Sehingga kemasukan pelajar baru, Zuan telah bertemu dengan Nur dan mula mengayat Nur..

Pada hari pendaftaran, Zuan yang berlagak sebagai senior terus menahan Nur.
"Hai, saya Zuan! Awak yang comel ni namanya siapa ye?" Zuan berbasa basi..
Dengan renungan tajam Nur, Nur membalas, "Saya tak tanya pun nama anda dan untuk apa anda nak tahu nama saya?"

Ketika itu Zuan terasa tercabar kerana tidak pernah seorang gadis pun menolak pertanyaan Zuan apabila ditanya.. Tetapi dengan Nur lain yang jadi... Zuan jadi terkebil-kebil dan Nur pun dengan pantas berlalu meninggalkan Zuan...

Zuan berasa malu bila dia diperlakukan sedemikian... Sambil berkata, "Ouh, belagak punye perempuan, kau belum kenal sapa Zuan Aqasha anak Dato' Khairi".

Hari berganti hari, musim berganti musim, Nur sudah sampai ke semester empat tahun kedua pengajiannya... Gambar kecil Arif tetap dibawa kesana kemari... Itu yang mampu membuatkan dia lebih bersemangat untuk menjalani kehidupannya...

Seperti biasa, habis kuliah, Nur pasti akan ke perpustakaan bersama rakan-rakannya.. Tetapi hari ini Nur bersendirian.. Dengan keadaan perpustakaan yang suram dan tidak banyak pelajar di dalamnya... Hujan diluar renyai-renyai dan hati Nur bermonolog, "mungkin hujan dan diorang tak dapat ke mari agaknya..


Dengan istighfar yang tak berhenti dibibirnya, Nur bangun dan pantas keluar dari perpustakaan dan meredah hujan yang amat lebat itu.. Asrama yang diduduki Nur tidaklah jauh tetapi Nur perlu melalui satu taman yang agak sunyi sebagai laluan alternatifnya untuk cepat sampai...

Dalam hati Nur hanya menguatkan semangat.. Dia berasa bagaikan ada seseorang yang mengekorinya.. Semakin laju langkah yang diambil, semakin laju lembaga yang mengekorinya.. Nur mengambil langkah berjaga-jaga dan dia mempersiapkan dirinya dengan segala ilmu pertahanan diri yang dia pelajari.. Langkah demi langkah, dan tiba-tiba tangannya ditarik kuat.. Terpusing Nur menghadap makhluk yang mengasarinya.. Alangkah terkejutnya dia apabila dia diterkam dan terjatuh ke tanah..

Dengan segala kudrat yang ada dia menggunakan ilmu yang tersemat didada.. Sambil menjerit, " kurang ajar kau jantan! Kau nak ape dengan aku? Ape salah aku pada kau!? "

Manusia itu hanya tersengih sumbing melihat kemarahan Nur...

Dan apa yang berlaku terhadap Nur? Nantikan di entry Si Pencuri Manggis Part IV.. ;-)
Thank you for reading..

Note:komen-komen anda diperlukan untuk memperbaiki hasil nukilan saya... Tq!

Monday, March 12, 2012

Adele21 = Lullaby22



Assalamualaikum wbt.

Haaa, sebut sal Si Adele ni, hurmm lullaby suka sangat dengan lagu dia.. Yang first lagu "Someone Like You". Amboi, kelaaasss kan? Hehehe..Lullaby kite ni memang sekarang. Suke yang sentimental-sentimental je...

Ingat lagi before kita dengan dia pergi karaoke secara tak terancang, main terjah je gi karaoke. Dia suh kita nyanyi lagu ni? Hurmm, kita ni dah ler tak pande omputih. Dia suh kita nyanyi, jadi kita nyanyi cam gitu-gitu je.. Hahahaha. Alih-alih lagu tu jadi lagu duet..

Tapi hari tu memang best la.. Ilang kempunan nak tengok Lullaby kita ni nyanyi.. Takut ntah bile lagi leh tengok sebab die if dah melekat kerja, memang kerja je la.. Tapi! Haaa ade tapinye, dia takkan lupe kat ambo ni.. Hehehe...

So, disebabkan Lullaby suka lagu ni, kite akan tunaikan request die...Tapi tu la, suara kita takde le nak sesedap suara Adele.. Sory tau lullaby if suara kite tak macam Adele. Hehehe...

Baru-baru ni Lullaby kita ade post lagi satu lagu, tajuk die "Don't You Remember" by Adele jugak. Dia suh kita dengar and kita dah dengar. Lagu and lirik dia sedap la ditelinga kita. Hurmmm, romantik tak? Hehehe. Lullaby kita sangat comel ok? :)


*ni la sicomel yang kita war-war kan tu! Hee. :)

Ok2, kita stop sampai sini dulu ea? haaa, korang, today kita dah start cekolah! so korang2 doa-doakan kita ea? thank you korang!! muuuaaahhh! :)

gracias for read! :)

Friday, March 2, 2012

Si Pencuri Manggis Part II

Assalamualaikum..

Ok, ternyata Cerpen Si pencuri Manggis ada sambungannya.
Jika sesiapa yang ingat lagi tentang Si Pencuri Manggis Part I, ia pasti ingat ada yang tertunggu-tunggu apa yang akan terjadi pada Nur dan Arif.
So, ikuti kisah seterusnya dalam Si Pencuri Manggis Part II.

Tersentak dari lamunan kenangan mengusik jiwa ketika perangai yang nakal..
Disini la segalanya bermula.. Aku mula berjalan-jalan keliling pondok yang usang itu.. Terbayang-bayang wajah sikecil Arif dan Nur bermain bersama, ketawa dan menangis bersama.. Waktu itu, zaman itu tiada apa-apa yang difikirkan, hanya pelangi yang menyelubungi diri..Alangkah indah waktu itu walaupun pertemuan pertama hanya disebabkan mencuri manggis di dusun bapanya Arif... Aku mula duduk ditangga sambil melayan memori lama yang amat menggamit perasaan kecilku suatu ketika dulu...



Si kecil Nur menangis setelah kakinya melangkah dan membelakangi Arif yang telah menyuruhnya pulang.. Alangkah berkecainya hati Nur ketika Arif tidak langsung menyebelahi Nur yang sememangnya teman bermainnya.. Dalam masa yang sama si kecil itu tidak menyedari bahawa hatinya sudah menyukai Arif anak tuan dusun di kampungnya itu..

"Takpa la aih, bukan aku dok peghak sangat dengan buah manggih dia yang tak manis tu, sok lusa aku pi la cari kat dusun orang lain. Depa ingat depa marah aku, aku takut kat depa? Hey, sorry sikit ea, ni Nur la.. Nur takkan mengalah", katanya dengan loghat yang dia sendiri tak sedar keluar dari mulutnya walaupun tangisannya masih bersisa...

Itulah keletah sekecil yang hanya berumur 5 tahun..
Amboi, bercakap mengalahkan orang-orang dewasa..
Walaupun Nur berkecil hati dengan Arif, dia masih lagi mahu berkawan dan bermain bersama Arif. Ini kerana di situ Arif adalah satu-satunya kawan Nur yang Nur kenali..
Sesakit mana hatinya, Nur takkan pernah serik dengan perangai buasnya itu.

Di sore esoknya, Nur menunggu Arif diluar pagar untuk bermain seperti biasa.
Sambil menunggu tibanya pukul 5 petang, Nur telah tiba awal di perkarangan luar pagar rumahnya Arif. Angin begitu sepoi-sepoi menyapa lembut rambut Nur dan tiba-tiba matanya ditutup dari belakang. Nur yang lagaknya seperti tomboy terus merentap kuat tangan yang menutup matanya. Menjerit la si empunya tangan yang direntap.

"Oit Nur, hang ni perempuankan? Cubalah lagak cam perempuan."kata Arif sambil memegang gegelang tangannya.
"Haaa, padan dengan muka awak. Suka-suka dok main cak-cak dengan kami. Kang dah kena? So apa rasa? Best tak kena pulas tangan awak tu?" sambung Nur yang ketawa dengan muka lagaknya.
" Awat la hang lagu ni, padanlah takda sapa mahu kawan dengan hang, kasaq sangat", jawab Arif.
"Ahhh, dah la! Arif, jom kita pi main. Penat kita dok tunggu awak lama kat depan umah awak ni. Kita pi pondok, mau dak? Kita nak ajak awak pi main sawah tangkap keli. Awak tak seriaukan dengan keli?", usik Nur kepada Arif.

Dengan mencebik Arif menggeleng disertai muka sombongnya itu. Disebabkan muka sombongnya itu lah, yang membuatkan Nur dan Arif rapat sebagai kawan baik. Banyak yang dikongsi bersama antara mereka. Persamaan mereka juga sama. Walau hanya setahun jagung, hanya mereka saja yang memahami bahasa mereka, yang memahami keinginan mereka dan memahami impian mereka.

Perjalanan ke pondok diteruskan, dan setibanya pondok, Nur dah bersedia menyising kedua belah seluarnya untuk menceroboh bendang yang terbentang luas dan memulakan operasinya. Arif hanya mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh Nur. Gelagat keduanya amatlah mencuitkan hati. Seorang kesana, seorang kesini, bagai tiada sesiapa didunia kecuali mereka. Keli yang dicari tapi sepat yang dikehendaki. Masing-masing dengan cara masing-masing.

"Oit! Hangpa berdua tu! Dok wat pa kat dalam lumpuq tu? Pi naik ataih cepat!," jerit Pak Mail, kawannya bapak Arif.

Dengan segera, mereka berdua bergegas merentas batas-batas padi untuk naik ke darat. Kekalutan itu menyebabkan mereka tergelincir dan terjatuh ke dalam lumpur tempat kerbau berkubang. Bergegarlah kawasan bendang itu dengan tawa mereka berdua..

"Arif! sini sat. Kite nak tengok ada benda kat muka awak tu!", kata Nur dengan niat nakalnya.
Arif yang segera dekat dengan Nur dan menyuakan mukanya. Dengan selamba Nur mengaut lumpur sepenuh tapak tangan dan mengesatkan pada muka Arif. Arif terkejut dan mula bertindak melakukan benda yang sama dengan Nur! Ketawa mereka meletus lagi.

Kedatangan Pak Mail tidak diendahkan dan menyentakkan lamunan fantasi kedua kanak-kanak itu.

"Udah-udah! Hangpa berdua naik dan pi balik. Aku habaq kat mak pak hangpa, baru hangpa tahu. Amboi, dok main kat bendang wat pa? Kan kena sengat dek keli atau ulaq nanti sapa yang susah? Mak pak hangpa yang susah. Nasib baik Pak Mail nampak." Bebel Pak Mail.
.................................................................................................................................

Sesampai dirumah....

"Ya Allah Nur, kenapa comot macam ni? Nur main kat mane? Kan mak dah kata, tamau main kotor kat luar tu. Nur degil ea cakap mak? Kalau ayah tahu mesti mak yang kene marah", bebel mak Nur.

"Hurm, Nur main kat bendang mak. Masa Nur nak balik Nur terjatuh sebab berebut nak naik dengan Arif. Arif pun kotor cam Nur." Jawab Nur.

Sambil menggeleng-geleng tanpa berkata, mak Nur hanya terus cepat memandikan Nur yang baunya seperti kerbau berkubang. Maknya tidak mahu ayahnya memarahi Nur kerana Nur adalah satu-satunya anak mereka yang paling dia sayangi.

Berlainan pula dengan Arif. Arif dimarahi oleh ibunya kerana pakaian yang dipakai terlalu comot. Tetapi Arif hanya mendiamkan diri dan berlalu terus ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Tetapi untuk Arif, terbit satu senyuman yang cukup indah untuk dikenang apa yang dilaluinya bersama Nur. Perasaan seorang kanak-kanak kepada kanak-kanak yang lain. Itulah keajaiban dari Allah. Perasaan sayang yang tak semua orang dapat rasa diperingkat umur yang sebegitu..

Betapa bahagia kedua-duanya rasa.............


Ok, sambung nanti... :)
gracias to read!

Wednesday, November 2, 2011

disebalik cerpen pencuri manggis..

Haaa, penat naa saya nak mencari idea menyambung cerpen si pencuri manggis tu.
Rangka tu ada tapi nak mengembangkannya kena ade strategi menulis yang baik.
Dah lame kot entry pasal Pencuri Manggis tu.

Cerita disebalik Cerpen Si Pencuri Manggis ni adalah imaginasi My Lullaby and also me.
Sebenarnya, ia adalah cerita main-main.
Dan bila difikirkan, saya pun ingin membuat cerpen pendek.
Now, nak sambung yang Part II tu yang cam blurr even rangka cerita tu dah nampak.
Heee. :D

Saya dah share dah apa yang saya nak sambung untuk Part II tu.
Idea dia pun saya perlukan jugak sebab dia lah orang yang create imaginasi manggis ni.
Hahaha. Dengan dia sangat banyak colourful.
Seriusly. Sebab tu terbitnya cerita ini.



Ok-ok, melalut lak sal si Lullaby ni.
Mesti kalau dia bace kembang-kembang lah hidung mancung dia tu.
Dah tahu sangat dah. Hahaha. *baby iloveyou. <3
So, berbalik dengan idea saya yang saya share ngan dia tu, dia kata ok.
kami nak try balik ke imaginasi tu tak leh.
Sebab kesibukan saya ni yang wat saya tak mampu nak masuk dalam watak yang macam saya pernah lakukan.
Itu adalah salah satu taktik kita nak tackle ketika kita nak menulis.
Perasaan kena ada.
Baru syok nak melewati perjalanan cerita tu.
:). If tak caye korang try la. betul.
Nanti jadi colourful cam pic rose ni.
Happy saja. :)



Tulah orang kuat disebalik Cerpen Si Pencuri Manggis.
Thanks to him.
Tanpa beliau dan layanan beliau yang layan saya cam budak-budak ni,
takkan ada ceritera manggis.
Tapi ada yang bertanya, kenapa manggis?
Haa, tu saya pun tak tahu.
Yang saya tahu, manggis my favourite.
Hehehe.

gracias for read! :)

Tuesday, November 1, 2011

berkomunikasi selama 3 jam. ado tak? haha.

Ish, ish, ish.
3 jam ouh. Dah lama tak buat macam tu.
Memang sangat lama la meninggalkan habit tu.
Now tora datang lagi!! *dah macam iklan mainan.
Hahaha.

Hurm nak kate lame tinggalkan tu, tak.
Tapi tu la. Hehehe.
Setiap hari, ia macam dikire satu benda yang penting jugak.
Tak dapat, gelisah.
Tak dapat mendengar, tergiang-giang.
Tak dapat bercakap, terindu-rindu.
Angau? Dak aih.
Biasa ja.
Baru mula ingin berasa.
Tapi seakan lama dah berbicara.
Chewah!



Malu tersengih-sengih si insan lain itu membaca.
Hehehe.
Sape yang tersengih-sengih tu maka itulah orang nya.
Muka merah-merah tetibe.
Itulah tanda-tanda orang yang membuatnya.
Bak kata si insan lain itu,
"jangan nak salahkan lantai, kalau tak pandai menari".
So, jangan nak salahkan telefon, kalau kredit abih!.

Hahaha.
Pape pun tetap Love u banyak3!

Ok, entry ni nampak macam dah tak rahsia.
Hahaha. Sape kate tak rahsia?
Masih ok! *gaya mak jemah.

Ketawa, ketawa.
Bersedih bersama.
Sentiasa gembira.
Keakhir hayatlah hendaknya.

gracias for read! (^_-)

Monday, September 26, 2011

Si Pencuri Manggis Part I

Assalamualaikum wbt..

Bercerita tentang si pengait manggis ni sering membuatkan saya tersenyum mekar. Tengok sahajalah tajuknya pasti akan tertanya-tanya siapa si pengait manggis ni. Ermm, berkenalan dan mengenali dalam keadaan yang masing-masing tak pasti mana mula dan akhirnya. Alih-alih terus berkawan. Memang akan ramai yang berkata ini hanyalah cerita dongeng yang direka-reka oleh saya, tapi memang pun. Heee! :)..

Aneh, kenapa si pengait manggis yang terpikat di hati saya. :). Cerita dimulakan dengan suatu petang yang sangat indah! Tersimpan satu niat jahat ingin mencuri buah manggis kepunyaan orang kampung yang memang kaya dengan pohon buah-buahan. Dalam keadaan yang selamat memerhatikan rumah si empunya, saya menyelinap masuk. *perangai mengalahkan budak lelaki yang nakal. Ermmm, bile line memang cantik, saya bergegas ke pohon manggis itu untuk mengambil buah-buah yang berjuntaian.

Dalam hati bermonolog, " Ermmmm camane saya nak amek ni, galah takde,takkan kene panjat kot?". Ermmm lebeh kurang 5minit berfikir, jalan yang diambil adalah memanjat pohon tersebut. Dalam setengah jam camtu, buah-buah yang dikumpul telah memuaskan hati dan berkemas diri diatas pokok untuk turun dan pulang. Sesudah kaki mencecah tanah, tiba-tiba ada satu tangan yang menepuk bahu dan saya terus berpaling. Sambil membulat mata yang sedia bulat, mulut mula berkata,"awak! laaa ni umah awak ke?. "Haa la. Umah kami. Apa yang hangpa buat ni?.Dengan muka selamber yang memang tak makan saman, saya menjawab, " Nak buah manggis ni. Teringin n rasanya buah ni banyak."


Tiba-tiba datang pulak si bapak empunya menjerit dari jauh, "WOIT budak! ta padan dengan perempuan perangai hangpa mengalahkan lelaki. Awat hangpa duk curi aku punya manggis? Tak reti nak mintak? " Muka pencuri, pasti pucat bila disergah dan dengan tindakan refleks auto, saya segera mengembalikan buah-buah manggis yang dipetik. "Dah-dah, pergi balik, jangan hangpa datang lagi noh. Nak curi buah aku." sambung pakcik itu. Dan ketika ingin melangkah keluar, anak si empunya itu memanggil dan berkata, " Ermmm tu la, lain kali kalau nak buah, mintak. Jangan dok amek hak orang lain. Berdosa. Kan da kena dengan bapak kami. Dah-dah, pergi balik.".

Sebelum melangkah, saya berkata, " Hurm, takpe la. next time kami takkan datang lagi umah awak ni, dan disebabkan awak kawan kami, kalau time main nanti kami tunggu luaq ja." Melangkah dengan langkah kecewa kerana perangai yang ditunjukkan oleh anak tuan rumah.

Pasti korang na tahu apa lagi sambungan cerita ni kan? Korang stay tune dulu tau sebab cerita ni ade Part II untuk menjelaskan kenapa si gadis kecik itu bersedih dengan anak tuan rumah. Ok guys? Love u!

gracias for read! :)