my spirit

Showing posts with label CINTA. Show all posts
Showing posts with label CINTA. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

sobre el corazón...

Assalamualaikum wbt..

Memang senang kalau hanya berkata..
Memang senang kalau pandai bermain..
Tetapi dalam setiap apa yang kita buat dalam kehidupan ini, kalau tiada risiko bukan kehidupan namanya..

Sepetang bersama beliau, beliau meluahkan rasa..
Rasa yang membuatkan beliau tak keruan...
Tetap mempunyai rasa yang sama biarpun dah lama berlalu..
Susahkan kalau berkaitan jiwa?
Tetapi percayalah setiap yang berlaku ada hikmah..

(Situasi yang lebih kurang macam kat bawah ni)
Me: Kenapa? Ada apa-apa nak luah?
Dia: Hurm, nak meluah tapi tak tahu mana nak mula.
Me: Cerita je. Aku dengar.
Dia: Rasa yang masih tersimpan untuk orang yang lama.
Me: *pause* *berfikir* Kat sape? Kat si gadis A tu ke?
Dia: Ye. Ntah la. Tak tahu la camane.
Me: Masih lagi rupanya. Tertutup hati untuk orang lain ke?
Dia: *tersengih2* Macam gitulah ceritanya.
Me: *muka serius* Yang kat si gadis B ni suka ke tak?
Dia: *tersengih sumbing* 
Me: Aku serius, jawab soalan aku. *muka ketat*
Dia: Ye, suka. Aku nak buat dia macam si gadis A.

Ok.. Aku bukanlah seorang yang pandai berkata-kata..
Tetapi apa yang aku bagitahu adalah berdasarkan pengalaman aku..
Jalan kehidupan aku...
Tak salah mencuba.. Tak salah amik risiko..
Selagi kita tak mencuba kita takkan tahu...
Beliau takut dikecewakan..
Beliau takut ditolak.. Aku faham.. Semua tu aku faham..

Tetapi kalau beliau tak mencuba sampai bila beliau nak tahu?
Sampai bila beliau nak memendam perasaan?
Perasaan kecewa yang akan bertandang bila bunga yang dikehendaki dah dihinggap kumbang...
Sebab ape? Kita tak mencuba..
Macam tu jugak aku terangkan pada beliau...

Seseorang ade beritahu aku..
Kalau niat kita baik, Allah SWT pasti bantu...
So, aku pun sampaikan kat beliau macam tu...
Niat die baik, dia pasti akan terima berita yang baik..
Tetapi jika berita itu bertentangan, pasti Allah SWT tu dah merancang yang terbaik untuk beliau..
Yang penting usaha... 

Kalau seseorang itu mendekati kita hanya kerana benefit untuk dianya sahaja makanya dia tak ikhlas..
Kalau seseorang itu tetap dengan kita kerana kita adalah kita, dia adalah sahabat kita...
Pemilihan itu memerlukan risiko...
Kehidupan kita adalah perjudian..
Perjudian yang dibuat oleh kita sendiri..
Hanya kita yang mampu menilai baik dan buruk..
Jadi, aku sebagai sahabat hanya menyampaikan apa yang aku rasa aku patut sampaikan...
Maafkan aku andai ada yang salah...
Yang baik dari Allah SWT, yang kurang itu dari aku sendiri...



Thanks for reading.. :')

Thursday, April 28, 2011

aneh?adakah itu petanda?

assalamualaikum guys!



Sorry tau lame sangat aku tak update. Bukan ape, sangatlah sibuk dengan exam.Tapi hari ini dan ketika ini, aku terasa cam kemalasan yang amat sangat untuk menbaca buku.Padahal buku ada je depan aku ni ha. Sok lak exam CTU 551.

Ermm, daripada aku melayan itu ini, aku terasa mahu mengupdate sesuatu. Tengok tajuk di atas. Terpampang sesuatu yang korang-korang ingin tahu kan?Ermmm, aku bermimpi aneh. Cerita tentang aku dan dia. Dalam mimpi la an.

Aku cam peliks gile. Ermm orang tua-tua kata, kalau kita mimpi waktunya subuh nak dekat-dekat azan, berkemungkinan mimpi itu adalah benar. Aku banyak kali mengalami mimpi pada waktu-waktu sedemikian. Seriously, tapi aku takde lah nak hebah-hebahkan. Cume mimpi kali ni aku terasa nak berkongsi.

Perbualan tu mengenai hubungan antara aku dan dia. Setelah berdiam sekian lama, dia datang berjumpa aku, dan memberitahu aku yang dia dah berfikir panjang tentang ape yang terjadi. So, dia cakap ngn aku yang dia da rasa sesuatu yang patut di ambil tindakan. Dia cakap, mungkin aku pun rasa, macam ape yang dia rasa. Apa yang dia nak lakukan. So apa yang dia cakap dlam mimpi tu macam satu petanda tentang kami. Time sampai klimaks cerita, aku da terjaga dari tidur. Damn! haish, kalau diteruskan lagi mesti aku tahu apa yang dia ingin perkatakan. Tul tak?

Korang-korang yang baca mesti frust jugak gak cam aku? Sebab cite aku tergantung. Ehmm... Ntah la, aku berserah pada Allah. Sebab aku percaya, Allah dah plan sesuatu yang terbaik untuk diri aku di masa akan datang. Aku harap aku akan dapat yang terbaik. Tu je. Aku tak kisah apa nak jadi lepas ni, aku da tak kisah. Seriusly. Takkan aku selama-lamanya berada di takuk yang sama. Tul tak?

So, itulah cerita tentang keanehan yang aku alami. Sampai sekarang kot, aku masih terpikir-pikir apa kesudahan mimpi aku tu. Huhuhu. Sabar je la an.

Ok lah. Kepada yang setia menjenguk blog aku ni gracias for read k.

Love u all. :)